Cip MediaTek Dimensity 9200 telah dilancarkan pada November lalu dengan teknologi 4nm TSMC serta dilengkapi 1x CPU ARM Cortex-X3 3.05GHz, 3x CPU ARM Cortex-A715 2.85GHz dan 4x CPU ARM Cortex-A510 1.8GHz. Setakat ini, Vivo merupakan pengeluar terawal yang menggunakan cip pemprosesan pada perantinya menerusi siri X90.

Gambar kehadiran cip pemprosesan generasi baharu mula dibayangkan berlaku dalam masa terdekat berikutan timbul desas-desus mengenainya menerusi entri dimuatnaik oleh Digital Chat Station di Weibo. Tiada kepastian mengenai nama rasmi namun ianya mungkin dikenali sebagai Dimensity 9200+, dalam masa sama kelak dipercayai menjadi cip paling berkuasa MediaTek dengan 5G terbina pada tahun ini. Ini dipadankan pula dengan peningkatan kuasa CPU yang dikatakan mampu menawarkan prestasi lebih baik daripada pendahulunya.

Jangkaan awal juga mendapati ia mungkin menggunakan teknologi 4nm generasi kedua yang dihasilkan oleh TSMC. Selanjutnya turut hadir dengan lapan teras yang menggunakan konfigurasi 1+3+4 sama dengan kelajuan teras utama melebihi 3.5GHz. Cip ini juga dijangka hadir menjelang separuh tahun kedua tahun ini yang turut memperlihatkan Vivo, Oppo dan Xiaomi mungkin menjadi antara pengeluar terawal mungkin menggunakannya pada peranti mereka yang akan datang.
