Mediatek Melancarkan Modem 5G T800 Dengan Teknologi 4nm

TechnologyDigital
11 Nov 2022 • 5:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

MediaTek kini membawa pengalaman 5G ke satu lagi tahap baharu menerusi pengumuman modem 5G T800. Ia direka khusus sebagai penyelesaian 5G yang pantas, dalam masa sama turut memaksimumkan hayat bateri untuk pengalaman penggunaan lebih baik.

image is not available

Modem 5G T800 dibina dengan teknologi 4nm dan menyokong kedua-dua rangkaian mmWave dan Sub 6GHz. Kelajuan muat turun adalah sehingga 7.9Gbps dan muat naik pula pada kelajuan sehingga 4.2Gbps. Terdapat juga sokongan untuk dwi 5G SIM (DSDS) yang menjadikannya penyelesaian yang ideal buat peranti yang perlu bertukar antara rangkaian 5G, tetapi bergantung juga kepada keperluan pengeluar sendiri.

image is not available

Turut disertakan adalah teknologi kecekapan kuasa 5G Ultrasave terkini untuk mengoptimumkan jangka hayat bateri dallam pelbagai keadaan dengan sambungan 5G. Hal ini sekaligus membolehkan peranti bertahan dengan lebih lama. Ia juga mengintegrasi antamuka hos PCIs + USB, serta menawarkan modem selular 3GPP Release-16 5G bersepadu sepenuhnya, FR1 Transceivers, FR2 AIM, GNSS dan PMICs yang berkaitan.