MediaTek Menjadualkan Pelancaran Pemproses Baharu Pada 6 November – Mungkin Dimensity 9300

TechnologyDigital
24 Oct 2023 • 3:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kemaskini baharu di Weibo hari ini mendedahkan bahawa MediaTek dalam persediaan hadir dengan pemprosesan baharu. Ia merupakan pengenalan untuk cip pemprosesan mercu baharu mereka dan dijadualkan berlangsung di China pada 6 November 2023.

image is not available

Tiada butiran khusus mengenainya didedahkan buat masa ini namun ramai yang mengaitkannya dengan cip MediaTek Dimensity 9300, yang juga menjadi antara topik hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi selepas markah penanda aras Antutu untuknya ditemui tertiris dengan kutipan mata melebihi 2 juta sekaligus boleh menjadi pesaing terdekat kepada Snapdragon 8 Gen 3 kelak.

image is not available

Ia juga merupakan kesinambungan untuk cip Dimensity 9200 yang diumumkan tahun lalu, tetapi sudah semestinya diberi peningkatan dari aspek prestasi. Cip juga dikatakan boleh mempunyai konfigurasi empat teras Cortex X4, empat teras Cortex A720 yang besar, dan GPU Immortalis G720 MC12.

Sejauh mana kebenaran kesemua yang diperkatakan ini? Sama-sama nantikan apakah kejutan disediakan MediaTek pada acara kali ini.