Meditasi di Hutan Batu, Paku Rock Maze Garden Tarikan Baru Di Bau

3 Sep 2022 • 5:10 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hutan batu semula jadi sesuai untuk riadah

Meditasi di Hutan Batu, Paku Rock Maze Garden Tarikan Baru Di Bau. Terletak di jalan Kuching-Bau, hutan batu yang memaparkan pembentukan batu semula jadi ini merupakan tarikan pelancong terbaharu di Bau.

Tempat ini boleh dianggap sebagai ‘permata tersembunyi’ kerana siapa sangka di sebalik keriuhan bandar dan kesesakan jalan terletak hutan batu yang indah dan mendamaikan.

Sebelum Paku Rock Maze Garden ditemui dan dibangunkan akhir 2021, ia hanyalah sebuah hutan primitif yang belum dibangunkan ditumbuhi pokok renek di belakang kuil Cina.

image is not available
Meditasi di Hutan Batu, Paku Rock Maze Garden Tarikan Baru Di Bau

Meditasi dengan tenang jauh dari kesibukan bandar

Pemandangan gua dan stuktur semula jadi batuan di situ adalah aset utama tarikan utama pelancong di taman berkenaan.

bagi pengunjung yang mencari ketenangan dan menghilangkan tekanan dengan bertafakur, boleh bermeditasi, memikirkan sesuatu yang positif dengan mendalam dan penuh emosi di sini.

image is not available
Hutan batu semula jadi Paku Rock Maze Garden Kredit foto: Media Sosial

Mempunyai laluan labirin, Paku Rock Maze Garden menyediakan laluan untuk bersiar-siar sambil mengambil udara dekililingi struktur batuan yang unik jarang dijumpai.

Sehingga kini, kemasukan adalah percuma tetapi orang ramai dialu-alukan untuk membantu mengumpul dana tambahan melalui peti derma yang disediakan di taman.

image is not available
Pintu masuk Paku Rock Maze Garden. Kredit: Media Sosial

Pada 2 September, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkesempatan meramikan Paku Rock Maze Garden.

Katanya di daerah Bau khususnya di kawasan Serumbu mempunyai kepelbagaian produk pelancongan yang mampu menjadi tarikan pelancong termasuklah Paku Rock Maze Garden.

image is not available
Majlis perasmian Paku Rock Maze Garden. Kredit foto: Media Sosial

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Facebook rasmi di:

Tengah plan untuk hiking bersama kawan? Jom check out tempat best di Sabah ni:

Jom semak harga masuk Muzium Budaya Borneo, boleh ajak keluarga dan rakan nanti: