Mega Jam 2.2 Juta Kereta Sehari

LocalCars
20 May 2026 • 11:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Mega Jam 2.2 Juta Kereta Sehari

image.png

Siap sedia mental dan fizikal!

Ini kerana bermula 22 Mei hingga 7 Jun ini, rangkaian Lebuhraya PLUS bakal menerima kunjungan luar biasa apabila dijangka 2.2 juta kenderaan akan berada di atas jalan raya setiap hari.

Mana tidaknya, musim cuti kali ini adalah gabungan 'mega' Cuti Pertengahan Tahun Persekolahan, Hari Raya Aidiladha, Hari Wesak, dan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong. LPT2 pun tak menang tangan dengan jangkaan 50,000 kenderaan sehari!

 Tarikh 'Kritikal' Yang Wajib Korang Elak:

Keluar Lembah Klang (Sedia Hadap Jem): 22, 23, 26, 28, 29, 30 & 31 Mei 2026.

Balik ke Lembah Klang (Waktu Bertahan): 4, 5, 6 & 7 Jun 2026.

Apa Pelan PLUS Nak Selamatkan Korang Daripada ‘Sengsara’ Jem?

Bagi memastikan korang tak 'berkampung' dalam kereta, PLUS dah sediakan pelan komprehensif ini:

Smart Lane Diaktifkan: Dibuka di 33 lokasi tumpuan untuk bagi lorong ekstra.

Abang Ronda Siap Sedia: Lebih 500 anggota PlusRonda dan LPT2Ronda akan berkawal 24 jam tanpa henti!

Lorong Tol Maksimum: Semua lorong plaza tol akan dibuka dan dipantau secara real-time.

Tips: Tolong semak baki Touch ‘n Go atau eWallet korang siap-siap. Jangan sebab baki korang kurang RM1, satu lori kat belakang kena menapak! Guna juga fungsi MyPlus-TTA dekat aplikasi PLUS untuk rancang waktu bertolak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved