Mega NutriSel bakal diperluas kepada calon SPM Selangor

22 Oct 2026 • 10:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Mega NutriSel bakal diperluas kepada calon SPM Selangor

SHAH ALAM, 22 OKT: Kerajaan Negeri merancang memperluas pelaksanaan Program Mega Nutrisi Selangor (NutriSel) kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri terbabit.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau Yayasan MBI, Ahmad Azri Zainal Nor berkata, program itu dirancang bagi membantu memenuhi keperluan pemakanan calon sepanjang tempoh persediaan menghadapi peperiksaan.

“Program ini dirancang untuk semua calon SPM dan mungkin makanan tengah hari turut disediakan, namun tarikh pelaksanaannya akan diumumkan oleh Dato’ Menteri Besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Munajat Perdana SPM 2026 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Image from: Mega NutriSel bakal diperluas kepada calon SPM Selangor
Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor berucap ketika majlis Munajat Perdana SPM 2026 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 22 Oktober 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Program berkenaan merupakan antara usaha Kerajaan Negeri menyokong kebajikan calon SPM, selain pelbagai inisiatif pendidikan bagi membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar di Selangor.

Pada 5 Oktober lalu, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program NutriSel akan diperluas ke sekolah di seluruh negeri bagi memastikan lebih ramai pelajar berpeluang menikmati makanan berkhasiat.

Beliau memberitahu pihaknya sedang meneliti keperluan peruntukan dan kos bagi memastikan NutriSel diteruskan selain menambah makanan tahan lama seperti susu dan roti.

Di samping pelaksanaan Mega NutriSel, beliau menjelaskan, program NutriSel dua kali seminggu pada Isnin dan Khamis juga diteruskan sehingga awal November melibatkan 104,640 pelajar daripada keluarga berpendapatan bawah RM2,000 sebulan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved