Megat Shahriman batal hasrat bertanding Presiden FAM

LocalFootball
16 Jan 2025 • 2:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
FAM bakal mengadakan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Penggal 2025-2029 pada 15 Februari depan. Gambar Kecil: Megat Shahriman

image is not available
Laporan Sukan Sinar berkaitan Megat Shahriman mahu bertanding jawatan Presiden FAM.

DATUK Seri Megat D Shahriman Zaharudin membatalkan hasratnya bertanding jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu yang dijadualkan berlangsung bulan depan.

Megat Shahriman yang juga Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menegaskan faktor kekangan masa merupakan alasan beliau mengambil keputusan berkenaan.

“Memang pada awalnya saya amat berminat untuk bertanding, tetapi dalam keadaan kekangan masa saya yang sibuk. Saya menangguhkan niat itu dulu.

“Secara peribadi, saya memang berminat membantu sukan bola sepak negara, tetapi mungkin belum masa lagi,” katanya pada Khamis.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman sebelum ini berkata, senarai calon yang akan bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM Penggal 2025-2029 akan diketahui penghujung Januari ini.

Menurut, Noor Azman, badan induk itu sudah menghantar e-mel notis kongres dan borang pencalonan bertarikh tutup 16 Januari kepada semua ahli gabungannya pada 25 Disember lalu.

**media[2969892]**

Pada 3 Januari lalu, Megat Shahriman menawarkan diri bertanding jawatan Presiden FAM pada kongres pemilihan barisan kepimpinan baharu badan induk itu bagi penggal 2025-2029.

Jelas Megat Shahriman lagi, pada masa ini beliau mahu memberikan tumpuan kepada tanggungjawab dalam MPM serta beberapa lagi persatuan sukan lain.

“Tugas presiden bukan hanya pada gelaran, sebaliknya ia adalah tanggungjawab besar kepada rakyat yang mengharapkan perubahan positif serta mencapai sasaran,” katanya yang kini berada di India atas urusan kerja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved