Megawati bertemu Anwar bincang mengenai ibu negara Nusantara

Politics
4 Oct 2023 • 9:08 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Indonesia Megawati Soekarnoputri bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya, pada Selasa, untuk membincangkan pembangunan projek Nusantara, ibu negara Indonesia, lapor Agensi Berita ANTARA.

Dalam satu kenyataan, Megawati berkata beliau berbincang mengenai Nusantara dengan Anwar memandangkan Malaysia sebelum ini memindahkan pentadbiran kerajaan persekutuan ke Putrajaya.

"Malaysia melakukannya dahulu apabila berpindah (pusat pentadbiran) dari Kuala Lumpur ke Putrajaya," katanya.

Anak Megawati, Puan Maharani turut hadir pada pertemuan itu.

Menurut Megawati, Anwar berkata pemindahan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Nusantara, lebih kompleks.

"Beliau berkata berdasarkan keadaan Nusantara yang sedia ada, ia akan mengambil masa lebih lama...," katanya.

Pertemuan itu berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri yang turut dihadiri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Megawati berada di Malaysia selama dua hari untuk menerima ijazah doktor kehormat dalam bidang sains sosial dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) pada Isnin. - 4 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved