Meghan Markle Akui Tidak Pernah Hadapi Isu Rasisme Sehinggalah Berkahwin Dengan Harry 

Entertainment
15 Dec 2022 • 6:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Markle berdepan dengan sikap prejudis kerana warna kulitnya setelah berkahwih dengan keluarga diraja Britain. - Gambar ihsan Netflix

Isu rasisme memang berlaku di mana-mana. Bahkan tidak terkecuali menimpa orang-orang yang ternama dan berpengaruh. 

Maka, bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Meghan Markle mendedahkan isu rasisme yang dihadapinya  menerusi siri dokumentari terbaharunya, Harry & Meghan di Netflix.

Menurut Duchess of Sussex itu, dalam hal sensitiviti kaum, Amerika mungkin dilihat buruk, tetapi sebetulnya, Keluarga Diraja Britain jauh lebih buruk. 

Dalam episode kedua dokumentari itu, Meghan memberitahu bahawa pada waktu remaja dan remaja dewasanya, kebanyakan orang tidak memperlakukannya seperti wanita kulit hitam.

Namun, setelah berkahwin dengan keluarga diraja dan berpindah ke United Kingdom (UK), barulah Meghan berdepan dengan sikap prejudis kerana warna kulitnya. 

“Sekarang ramai yang  menyedari tentang latar belakang kaum saya kerana mereka menjadikan ia satu isu di UK,” kata Meghan mendedahkan perkara itu di dalam siri dokumentari tersebut. 

Meghan juga memberitahu bahawa dia tidak menjangka akan menjadi sasaran ketaksuban, dan sama sekali tidak bersedia berdepan dengan pengalaman itu. 

Dia juga menyatakan bahawa kerana kekurangan isu perkauman pada zaman kanak-kanaknya, ibu bapanya tidak pernah merasakan tidak perlu untuk berbicara mengenai cabaran yang akan ditempuhnya  sebagai wanita berdarah campur. 

Britain mungkin tidak akan menyukai implikasi bahawa UK mempunyai masalah yang lebih besar dengan struktur perkauman berbanding Amerika Syarikat. 

Tetapi nampaknya pada ketika ini, Duke dan Duchess of Sussex telah berputus asa untuk menahan diri daripada memperkatakan tentang kebenaran kepada penduduk tanah air suaminya, Harry.

Mendedahkan isu tentang perkauman tidak pernah mudah, dan mereka yang berani melakukannya sering menghadap kesan dan implikasi yang mengerikan. 

Pun begitu, keberanian Meghan untuk memperkatakan tentang isu ini pada saat dia sendiri berada di dalam institusi keluarga diraja paling berkuasa di dunia telah mendapat pujian yang begitu meluas. 

Bahkan, Harry juga dipuji kerana sentiasa berdiri teguh di sisi Meghan pada saat isterinya terpaksa melalui apa sahaja yang terbukti menjadi perjuangan hidupnya. - Getaran, 14 Disember 2022