Meja Penyejuk Komputer Riba Razer Hadir Dengan Lampu RGB

TechnologyDigital
30 Sep 2024 • 1:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jenama di kalangan peminat PC ialah Razer akan meletakkan sistem lampu RGB pada kesemua produk dan kini mereka menawarkan pula meja penyejuk komputer riba dengan sistem lampu Razer Chroma. Setiap meja penyejuk dilengkapi kipas 140mm yang berputar sehingga kelajuan 2550RPM. Menurut Razer pengguna meja penyejuk ini dapat mengurangkan suhu CPU dan GPU komputer sehingga 16 ℃.

image is not available

Ia direka untuk komputer riba 14″-18″ dengan terdapat plat penyesuai untuk saiz 14″-16″ dan 17″-18″. B Busa pada penyesuai akan menghasilkan kebuk udara dengan sambungan ketat dibantu oleh magnet.

Selain menyejukkan komputer, meja turut boleh menjadi hab peranti kerana mempunyai 3X USB-A tetapi hanya pada kelajuan USB 2.0. Bunyi yang dihasilkan kipas mencecah 48 dB pada kelajuan maksimum. Sistem penapis pada bahagain bawah akan memastikan debu tidak terperangkap pada bilah kipas dengan mudah. Di Malaysia Razer Laptop Cooling Pad dijual pada harga RM689 sebuah.

image is not available

View Original Article