Mejar Fikry Dan Isteri Timang Kembar Tiga, Setahun Selepas ‘Pemergian’ Anak Di Taska

LocalFamily & Parenting
25 Oct 2025 • 11:38 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia kembar 3

Setahun selepas diuji dengan pemergian anak tunggalnya, Muhammad Al Fateh Amri, Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri kini dikurniakan tiga cahaya mata perempuan serentak.

“Isteri dan anak-anak dalam keadaan baik dan sihat”

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Mejar Fikry di Threads, memaklumkan isterinya, Sabrina Hakiem Zaini, selamat melahirkan anak kembar tiga secara pembedahan di Hospital Melaka pada Jumaat, 24 Oktober 2025.

image is not available

Dalam hantaran sama, beliau turut berterima kasih kepada semua doktor, jururawat dan staf Hospital Melaka yang telah menjaga isterinya dengan penuh amanah sepanjang 73 hari berada dalam wad untuk pemantauan sebelum kelahiran.

Nama Mejar Fikry sebelum ini pernah tular pada September 2024 selepas anak lelakinya, Muhammad Al Fateh, meninggal dunia ketika di bawah jagaan pengasuh di Alor Gajah, Melaka.

Anak itu merupakan zuriat pertama selepas 13 tahun penantian beliau dan isteri. Tragedi tersebut meruntun hati rakyat Malaysia apabila rakaman CCTV yang tular menunjukkan bayi berusia lapan bulan itu dipercayai dibiarkan dalam keadaan bedung, disumbat botol susu dan ditutup muka dengan bantal hingga membawa maut.

Kini, setahun selepas kehilangan yang memeritkan itu, Allah gantikan dengan rezeki tiga sekali gus. Rata-rata netizen menzahirkan rasa sebak dan gembira atas berita kelahiran kembar tiga itu.

image is not available

Pssttt! Dari kehilangan seorang anak yang ditunggu 13 tahun, kini Mejar Fikry dan isteri dikurniakan tiga cahaya mata perempuan sebagai pengubat rindu yang abadi. Semoga keluarga ini terus kuat dan bahagia membesarkan puteri-puteri kecil mereka dengan penuh kasih sayang.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.