Mekanik Berdepan Detik Cemas, Temui Ular Sawa Masa Tengah Servis Sembunyi Bawah Kereta 

14 Aug 2022 • 6:54 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Mekanik Berdepan Detik Cemas, Temui Ular Sawa Masa Tengah Servis Sembunyi Bawah Kereta

SINGAPURA – Beberapa orang pekerja servis kereta berdepan detik cemas apabila menemui seekor ular sawa di bawah sebuah kereta Mercedes yang sedang diservisnya, lapor Mothership.sg.

Sebuah video berhubung kejadian itu telah berjaya dirakam dan dikongsikan melalui laman sosial Facebook ‘District Singapore’.

Berdasarkan video, kelihatan dua orang lelaki berseragam hijau yang merupakan kakitangan jabatan haiwan sedang bekerjasama menarik keluar seekor ular sawa dari bawah sebuah kereta.

image is not available

Ular yang kelihatan seperti ular sawa retikulasi itu berjaya ditarik ke lantai sebelum mengejutkan orang ramai apabila melihat saiznya yang besar dan panjang.

Salah seorang kakitangan jabatan haiwan tersebut yang cuba mencengkam kepala ular sawa itu dikatakan telah digigit oleh reptilia berkenaan.

image is not available

Mujur, dia kekal tenang dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Ular tersebut dilaporkan telah selamat dimasukkan ke dalam sebuah beg.

image is not available

“Ular pada umumnya adalah makhluk yang pemalu dan biasanya akan cuba merayap menjauhi manusia. Ia tidak agresif dan tidak akan menyerang melainkan ia diganggu atau diprovokasi.

“Jika anda melihat ular hidup, bertenang dan jaga jarak yang selamat,” ujar salah seorang pekerja.

Mereka juga berpesan sekiranya terlihat ular berkeliaran di kawasan awam mahupun persendirian, orang ramai digesa untuk menghubungi Pusat Tindak Balas Haiwan 24 jam Nparks di talian 1800-476-1600 untuk bantuan.