Mekanik maut langgar tayar ganti Toyota Hilux

LocalCars
5 Feb 2025 • 8:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang mekanik maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di kilometer 232.1 Utara- Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Pedas tengah malam Rabu. (Foto ihsan pembaca)

image is not available
Kemalangan jam 12.20 tengah malam itu melibatkan sebuah motosikal jenis Honda CBR, bas, lori muatan habuk kayu mampat, Toyota Hilux dan sebuah kereta BMW. (Foto ihsan pembaca)

image is not available
Nahas yang membabitkan lima kenderaan itu menyebabkan empat lagi mangsa cedera.

REMBAU - Seorang mekanik maut selepas terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang terlibat dalam kemalangan di kilometer 232.1 Utara- Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Pedas tengah malam Rabu.

Nahas jam 12.20 tengah malam yang membabitkan lima kenderaan juga menyebabkan empat lagi mangsa cedera.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal jenis Honda CBR ditunggang mangsa, Muhammad Taqiyyuddin Zulkifli, 35, bas, lori muatan habuk kayu mampat, Toyota Hilux dan sebuah kereta BMW.

**media[2994586]**

"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Singapura menghala ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Sungai Besi, Kuala Lumpur.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, bas itu telah melanggar bahagian belakang lori yang berada di lorong kiri," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau, keadaan itu menyebabkan kedua-dua kenderaan hilang kawalan lalu terbabas ke lorong kanan, Toyota Hilux dan kereta BMW yang berada di belakang laluan sama iaitu lorong kanan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang bas tersebut.

"Selepas perlanggaran tersebut, tayar ganti Toyota Hilux telah tercampak ke laluan bertentangan dan dilanggar oleh motosikal mangsa yang sedang bergerak di lorong kecemasan.

"Kemalangan telah menyebabkan lorong kanan arah utara dan arah selatan ditutup," katanya.

**media[2994585]**

Shaik Abd Kadar berkata, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala disahkan maut oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

"Sementara itu, empat lagi mangsa mengalami kecederaan telah dibawa ke Hospital Rembau dan pemandu bas yang berusia 36 tahun dihantar ke Hospital Alor Gajah Melaka untuk rawatan lanjut.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau dan bedah siasat akan dilakukan pada pagi ini bagi mengetahui punca kematian. Siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.