Melabur Besar Dalam AI Untuk Kekal Relevan, Facebook, Instagram & WhatsApp Akan Pecat Lebih 3000 Pekerja

WorldTechnology
17 Jan 2025 • 12:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan The Guardian, syarikat dikenali ramai iaitu Meta Platforms Inc, di mana merupakan syarikat induk untuk Facebook, Instagram serta Whatsapp akan menjalankan misi untuk mengurangkan tenaga pekerja sebanyak 5 peratus seluruh dunia.

Meta akan pecat pekerja seluruh dunia?

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg dalam memo kepada pekerja, ini merupakan salah satu langkah bagi mengeluarkan pekerja prestasi rendah dengan lebih pantas, di mana digelarkan olehnya sebagai ‘tahun yang intensif’.

image is not available

Kami biasanya mengambil masa setahun untuk menilai pekerja yang tidak memenuhi jangkaan, tetapi kali ini kami akan melakukan pemotongan berdasarkan prestasi dengan lebih meluas dalam kitaran ini.

Dalam pada itu, Zuckerberg turut berkata tahun ini merupakan tahun mencabar buat Meta dan mahu pasukannya tergolong dalam golongan ‘yang terbaik’ sahaja.

Lebih fokus kepada penggunaan AI

Pengumuman mahu memecat pekerja secara global ini dibuat selepas membuat keputusan kontroversi untuk berhenti dari menggunakan factcheckers bagi memeriksa kandungan salah, sebalik memberi mahu beri ‘kebebasan bersuara’.

image is not available

Tambahan lagi, Meta akan mengalihkan perhatian kepada projek kecerdasan buatan (AI) yang dianggap teknologi paling penting dalam dunia buat Zuckerberg.

Bagi kekal relevan dalam persaingan teknologi global, syarikat ini difahamkan telah melabur dalam jumlah yang besar untuk AI.

image is not available 1 day ago

"Sangat Palsu Dan Tiada Jiwa" - Stesen TV Dikecam Hasilkan Video Azan Guna Artificial Intelligence (AI)