Melaka Bakal Tambah 300 Pengecasn EV Di Kawasan Pelancong

LocalCars
16 Dec 2024 • 12:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Dalam dua tahun lagi, kerajaan Melaka berhasrat untuk menambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di negeri terbabit.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, Melaka kini cuma memiliki 132 stesen pengecasan EV.

image is not available

“Kita akan cuba menambahnya di kawasan strategik terutama di pusat tumpuan pelancongan dan untuk itu kita menggalakkan pihak swasta turut bekerjasama dalam perancangan ini,” katanya.

Tambah beliau, perkembangan industri pemasangan kereta di Melaka jga dilihat terus melonjak dan diperkukuhkan dengan kedudukan strategik antara Kuala Lumpur, Johor, dan Singapura, telah menjadikan negeri ini sebagai hab pemasangan serta pengeluaran EV dan EEV.

“Ia dapat dilihat menerusi keyakinan Honda Malaysia yang mempunyai satu-satunya kilang pemasangan kereta di Melaka dan diikuti Kumpulan EP Manufacturing Berhad (EPMB) yang mempunyai reputasi tinggi sebagai syarikat pembekal dan pemasangan komponen modular, keselamatan dan kritikal kepada jenama utama seperti Toyota, Proton, Perodua dan Mazda.