Melaka FC rangkul kejuaraan Liga A1 Semi Pro

LocalFootball
22 Feb 2025 • 11:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kesebelasan utama pasukan Melaka FC yang diturunkan K Devan dalam aksi terakhir musim ini ketika menundukkan Machan FC 7-2 di Stadium Hang Jebat, Krubong malam ini. Foto FB Melaka FC

MELAKA FC melakar kejayaan gemilang apabila merangkul gelaran juara Liga A1 Semi Pro selepas membenam Machan FC 7-2 dalam perlawanan terakhir musim ini di Stadium Hang Jebat, Krubong, di sini malam ini.

Penyerang import dari Ghana, Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas kelab berpangkalan di Sibu, Sarawak itu.

Bermain di laman sendiri, skuad kendalian K Devan dikejutkan dengan jaringan pembukaan pasukan pelawat pada minit ke-12 menerusi Haziq Shah Putra Zulkafli.

Tersentak dengan jaringan itu, tuan rumah segera menggandakan asakan dan berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Mohd Fakrullah Rosli pada minit ke-19.

Berselang tiga minit kemudian, Fuseini menambah jaringan buat Melaka FC selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-22 sebelum sekali lagi meledak pada minit ke-33.

Dua minit sebelum tamat separuh masa pertama, Fuseini terus menambah jaringan pada minit ke-43 selepas memperdaya penjaga gol Machan FC, Muhammad Aqiel Danish Mohd Nasir.

Bersambung babak kedua, Melaka FC terus garang dengan ketua pasukan Nasir Basharuddin mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-53, diikuti jaringan Nizaruddin Jazi pada minit ke-64.

Machan FC berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan kedua Haziq Shah Putra pada minit ke-89, namun Nizaruddin memastikan kemenangan bergaya Melaka FC dengan gol pada minit ke-90 sebelum wisel penamat dibunyikan.

Sebagai juara Liga A1 Semi Pro, Melaka FC membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

Kemenangan bergaya ini melengkapkan pencapaian Melaka FC musim ini dengan mengumpul 68 mata daripada 28 perlawanan, mencatat lima keputusan seri dan hanya satu kekalahan, iaitu 0-1 kepada PT Athletic FC. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved