Melaka Memperkenalkan Inisiatif Emel Rakyat Percuma Dengan Alamat @melaka.my

LocalTechnology
24 Jul 2026 • 3:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Melaka Memperkenalkan Inisiatif Emel Rakyat Percuma Dengan Alamat @melaka.my

Kerajaan negeri Melaka kini hadir dengan inisiatif baharu, iaitu menawarkan perkhidmatan emel kepada penduduk Melaka, dibawah inisiatif dinamakan Emel Rakyat. Melaluinya, penduduk Melaka boleh mendaftar emel percuma dengan akhiran @melaka.my, sekaligus menggunakannya dalam komunikasi antara kerajaan negeri.

Image from: Melaka Memperkenalkan Inisiatif Emel Rakyat Percuma Dengan Alamat @melaka.my

Menggunakan perkhidmatan Emel Rakyat ini, pengguna boleh menghantar dan menerima emel, mengurus buku alamat, mengakses kalendar, dan menyimpan dokumen pada penawaran ruangan storan sehingga 1GB. Perkhidmatan ini juga diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan akses rakyat untuk saluran rasmi komunikasi digital.

Untuk peringkat awal, Emel Rakyat ini ditujukan kepada ibu bapa pelajar Negeri Melaka, guru-guru KAFA, penerima Asnaf MAIM dan juga ketua isi rumah dalam Sistem Kampung Digital. Kerajaan negeri turut menyasarkan “Satu Rumah, Satu Emel Rakyat”.

Image from: Melaka Memperkenalkan Inisiatif Emel Rakyat Percuma Dengan Alamat @melaka.my
Antaramuka Emel Rakyat @melaka.my

Setakat ini, ia dikatakan sebanyak 203,000 emel telah didaftarkan, dan lebih 193,000 adalah pelajar dan guru di negeri tersebut. Ia disasarkan sebanyak 250,000 akaun emel di daftarkan menjelang penghujung 2026 ini. Untuk pendaftaran pula, keutamaan diberikan kepada pemilik MyKad dengan kod negeri 04. Buat masa ini, ia dilihat pendaftaran untuk emel @melaka.my ini tidak ditawarkan secara terbuka lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved