Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Putrajaya direkod sebagai sifar miskin tegar

LocalPolitics
18 Dec 2024 • 6:59 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Wilayah Persekutuan Putrajaya direkodkan sebagai sifar miskin tegar berdasarkan data eKasih setakat 30 November 2024.

Menerusi jawapan bertulis di Dewan Negara, Kementerian Ekonomi memaklumkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar telah menunjukkan kemajuan yang sangat memberangsangkan.

“Negeri-negeri lain merekodkan penurunan insiden miskin tegar secara signifikan,” katanya.

Jumlah keseluruhan miskin tegar di Malaysia juga katanya menurun kepada 2,191 ketua isi rumah, berbanding 91,789 pada akhir 2023.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah tertinggi (474), diikuti Kedah (341), Sabah (289), dan negeri-negeri lain.

Kementerian menjelaskan, usaha menoktahkan kemiskinan menghadapi cabaran seperti dinamika kemiskinan di mana isi rumah miskin sering berubah.

Kerajaan kini giat melaksanakan inisiatif jangka sederhana dan panjang di bawah Kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat untuk menangani isu ini.