“Melantak Je, Badan Dah Kembang Macam Apam!” – Ingat Cef Wan ‘Body Shaming’ Siapa, Rupanya..

16 Aug 2022 • 3:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, hantaran di Instagram cef selebriti terkenal iaitu Cef Wan telah menarik perhatian ramai apabila dia berleter kepada anak-anaknya.

Biarpun berleter bukan secara lisan, tetapi warganet dapat membayangkan cara beliau bercakap dengan kata-kata yang ditulis di dalam ruangan kapsyen posting video yang memaparkan anak perempuannya, Serina datang ke restoran milik Cef Wan.

Di dalam kapsyen yang ditulis, Cef Wan menyifatkan Serina terlalu suka makan hinggakan berat badannya menaik dari hari demi hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Macam manalah badan tu tak mengembang macam apam. Tegur aja ada jawabnya.

Dalam pada berleter mengenai berat badan Serina semakin menaik, sebagai bapa, Cef Wan turut berasa bimbang mengenai kesihatan anak-anaknya kerana mempunyai sejarah sakit kencing manis dalam keluarga mereka.

image is not available

image is not available

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen pada mulanya mengingatkan cef selebriti itu sedang memarahi seseorang tetapi apabila membaca coretan yang ditulis, baru mereka memahami apa yang ingin disampaikan oleh Cef Wan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 23 jam lalu

"Berpakaian Tapi Telanjang" - Zizie Izette Muat Naik Foto Di Instagram, Netizen Tanya 'Dah Bersara Pakai Tudung Ke?'

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved