Melayang RM2,540! Ingatkan Lagi 2 Hari, Nabil Ahmad Terlepas Bawa Keluarga Tengok Konsert Billie Eilish [Video]

Music
19 Aug 2022 • 4:54 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
Nabil ahmad terlepas pergi konsert billie eilish

Semalam (18 Ogos) telah berlangsungnya konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 yang dihadiri oleh ribuan penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Apa yang mencuri tumpuan apabila ada di kalangan peminat yang telah mula beratur di pintu masuk konsert tersebut sejak awal pagi lagi kerana mahu berada di barisan hadapan demi melihat penyanyi itu pada jarak yang lebih dekat.

Nabil Ahmad ingat konsert Billie Eilish 2 hari

Namun, dalam kemeriahan konsert tersebut ada juga yang terlepas dari menyaksikannya. Itu yang terjadi kepada penyampai radio dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad gara-gara menyangkakan konsert itu akan berlangsung selama dua hari.

Perkara itu telah dikongsikan oleh stesen radio, Era di TikTok yang memaparkan Nabil Ahmad sedang menyemak tarikh tiket yang dibelinya.

Sangkakan bergurau rupanya betul-betul lupa

Dalam video tersebut, pada awalnya beberapa individu di menyangkan Nabil hanya bergurau yang dia terlupa tentang tarikh konsert.

Namun, keadaan berubah apabila Nabil mula menyedari bahawa tiket yang dibelinya itu sebenarnya bertarikh 18 Ogos dan bukan 19 Ogos seperti yang difikirkannya.

“Wei aku salah tarikh,” kata Nabil sambil duduk di atas lantai.

Rakan penyampainya, Radin turut memberitahu di dalam video tersebut bahawa Nabil telah membeli sebanyak 5 tiket untuk membawa keluarganya menonton konsert penyanyi antarabangsa itu.

Hubungi isteri untuk buat semakan tarikh tiket

Terkejut dengan perkara itu, dia lantas menghubungi isterinya untuk memaklumkan perkara tersebut dan meminta untuk turut menyemak tiket tersebut.

“Yang (panggilan isterinya) Billie Eilish semalam jelah mana ada hari ni (19 Ogos), awak tengok dekat tiket tu 18 hari bulan,” katanya sambil ketawa.

Menerusi video yang berdurasi selama satu minit 30 saat itu, dia berkata memang Allah SWT tak izinkan untuk pergi serta dalam masa sama masih tidak percaya dengan apa yang terjadi dan menyifatkan insiden itu kelakar.

Beli lima tiket bernilai RM2,540

Melihat kepada tiket yang ditunjukkan, penyampai radio itu telah membeli lima tiket yang dianggarkan berjumlah RM2,540.

image is not available

Meninjau di ruangan komen rata-rata bersyukur dan menyifatkan pasti ada hikmah atas apa yang berlaku, dan ada juga yang memberi cadangan untuk menonton konsert Billie Eilish di Singapura yang akan berlangsung nanti.

“Itu tandanya Allah tak izin kan dia ke tempat macam tu”

image is not available

“Datang ke Singapura!”

image is not available

“Bang Haji lupa nak tengok Billie Eilish”

image is not available