Melly Geoslow Jual Barangan Peribadi Demi Kumpul Dana Bantu Palestin

Entertainment
25 Oct 2023 • 10:02 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Komposer dan penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslow mengambil pendekatan dengan menjual barangan peribadinya demi memberi sumbangan kepada penduduk di Palestin.

Buat jualan amal

Menerusi Instagramnya, Melly telah membuat jualan dan menyertakan sekali tabung untuk kutipan derma tersebut buat sesiapa yang ingin memberikan sumbangan.

Melly Goeslow prihatin penderitaan rakyat Palestin

Pemilik nama sebenar, Melliana Cessy Goeslaw, 49, memaklumkan yang kutipan tersebut dibuat untuk meringankan penderitaan rakyat negara berkenaan.

Dalam pada itu, jualan amal yang berlangsung dalam beberapa jam itu telah berjaya mengumpul sebanyak RM226,000.

Melly Goeslow ucap terima kasih yang bantu

Susulan daripada itu, penyanyi lagu Denting ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kerana sama-sama menyalurkan sumbangan sehingga berjaya mengumpul jumlah kutipan yang cukup banyak.

Konflik kemanusiaan yang sedang terjadi di Bumi Palestin sememangnya begitu menyentuh hati apabila ramai yang kehilangan nyawa serta pelbagai sekatan untuk kemasukan bantuan serta barangan keperluan.

Dapat dilihat, public figure Malaysia, Indonesia dan juga dunia sama-sama menyebarkan kesedaran berkenaan krisis yang sedang berlaku di Gaza.

Semoga bantuan-bantuan yang kita kirimkan kepada mereka dapat membolehkan mereka terus hidup demi mempertahankan Tanah Air.

Sumber: Instagram Melly Geoslow

View Original Article