MELP Galak Penjimatan Tenaga, KBS Jalin Kerjasama Dengan PETRA & TNB

LocalPolitics
29 Aug 2024 • 2:49 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) jalin kerjasama dengan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam Malaysia Energy Literacy Program (MELP).

Program ini dilaksanakan untuk menerapkan budaya peka tenaga agar penggiat industri sukan dapat mengambil langkah-langkah kecekapan dan penjimatan tenaga, sekali gus mengurangkan kos operasi.

KBS jalin kerjasama bersama PETRA & TNB dalam MELP

image is not available

Melalui kerjasama ini, pengendali pusat-pusat dan kemudahan sukan boleh menyumbang kepada agenda nasional dalam menghadapi cabaran perubahan iklim melalui pengurusan bijak dan cekap tenaga di premis masing-masing.

Menteri KBS, Hannah Yeoh berkata pengendali pusat-pusat latihan dan kemudahan sukan seperti stadium, padang, pelbagai jenis gelanggang dan arena boleh melakukan penjimatan melalui amalam penggunaan tenaga elektrik yang cekap.

image is not available

“KBS juga telah memutuskan untuk mendapatkan khidmat anak Syarikat TNB, TNB energy Services (TNBES) bagi melaksanakan projek rintis penjimatan kos elektrik di fasiliti-fasiliti sukan KBS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika beliau hadir menyempurnakan Sesi Peka Tenaga MELP Bersama Penggiat Industri Sukan di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil pada Khamis.

image is not available

Program MELP yang dibangun oleh TNB telah diangkat menjadi agenda kementerian dalam usaha meningkatkan kefahaman rakyat mengenai kepentingan tenaga, khususnya membentuk amalan cekap tenaga sekaligus menyumbang kepada peralihan tenaga.

Sementara itu, Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata rakyat perlu mengambil tahu terhadap inisiatif tenaga boleh baharu (TBB), pendigitalan dan pemodenan serta penggunaan teknologi hijau.

image is not available

“Ia sekaligus menyokong peralihan tenaga bagi meningkatkan tenaga bersih untuk melindungi bumi dan mewujudkan keseimbangan ekonomi, sosial dan alam sekeliling,” ujarnya.