Memacu Industri Pelancongan Di Sarawak, Kuching Bakal Bina 3 Hotel Antarabangsa

21 May 2024 • 12:43 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kuching melengkapkan kemudahan pelancongan dengan pembinaan hotel-hotel bertaraf antarabangsa

Memacu Industri Pelancongan Di Sarawak, Kuching Bakal Bina 3 Hotel Antarabangsa. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah memaklumkan bahawa tiga buah hotel antarabangsa bakal dibina di Kuching bagi menampung pertumbuhan industri pelancongan yang semakin pesat.

Menurut Abdul Karim menerusi laporan media, salah satu daripada hotel tersebut adalah Ascott Hotel, namun beliau tidak dapat memastikan nama dua hotel yang lain.

image is not available
Memacu Industri Pelancongan Di Sarawak, Kuching Bakal Bina 3 Hotel Antarabangsa

Apabila ditanya sama ada bilangan bilik hotel semasa di Sarawak mencukupi untuk menampung peningkatan pelancong, beliau menjawab bahawa situasi semasa masih mencukupi.

Namun, beliau menambah bahawa perkara itu perlu dikaji bagi menyediakan kemudahan untuk tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.

Bukan hanya untuk Kuching, bahkan untuk seluruh Sarawak

Persediaan ini bukan hanya untuk Kuching, tetapi juga untuk seluruh Sarawak seperti di Miri, Bintulu dan Sibu, yang mana Scoot Air akan memulakan penerbangan terus dari Singapura ke Sibu bermula 5 Jun nanti.

Abdul Karim turut menyatakan bahawa kerajaan Sarawak sedang berusaha untuk mendapatkan lebih banyak penerbangan antarabangsa terus ke Sarawak.

Salah satu usaha tersebut adalah melalui penubuhan syarikat penerbangan milik Sarawak yang akan mengendalikan penerbangan bukan sahaja di Sarawak, malah di rantau ini.

Ini adalah bagi memenuhi keperluan dan minat pelancong yang ramai bertanya mengenai cara untuk sampai ke Sarawak apabila promosi dilakukan di luar negara.