“Memalukan Dan Mencemarkan Agama Islam” – Netizen Desak Stesen TV Tarik Balik Gelaran Da’i Syed

LocalEntertainment
5 Nov 2026 • 3:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Netizen berpandangan gelaran ‘Da’i’ yang diberikan menerusi program realiti Da’i Pendakwah Nusantara wajar dinilai semula selepas keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan Da’i Syed daripada pertuduhan rogol.

Beberapa pengguna media sosial mencadangkan agar pihak TV3 mengambil tindakan dengan menarik semula gelaran ‘Da’i’ yang diberikan kepada pendakwah selebriti, Da’i Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful.

Advertisement
View this post on Instagram

Cadangan itu disuarakan susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan Da’i Syed daripada pertuduhan merogol seorang wanita dengan keputusan majoriti 2-1.

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna media sosial mencadangkan agar TV3 menunjukkan ketegasan dengan menilai semula penggunaan gelaran tersebut yang dikaitkan dengan program realiti televisyen Islamik terbitan stesen berkenaan.

d

“Saya nak cadangkan @tv3malaysia @buletintv3 untuk menunjukkan ketegasan dengan menarik gelaran ‘Da’i’ yang diberikan melalui rancangan realiti televisyen Islamik terbitan TV3 iaitu Da’i Pendakwah Nusantara.”

Menurut pengguna tersebut, tindakan itu penting bagi menjaga semula imej program berkenaan serta mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam yang terkesan dengan kontroversi tersebut.

Netizen Persoal Penggunaan Gelaran ‘Da’i’

Cadangan itu kemudiannya mendapat perhatian pengguna media sosial lain yang turut menyuarakan pandangan masing-masing.

Antara komen yang dikongsikan menunjukkan sokongan terhadap cadangan supaya gelaran berkenaan ditarik semula.

s

“Lepas sudahnya… dah gali lubang budak tu… TV3, sepatutnya keluar media statement, drop title ‘DA’I’ tu… dah committed salah, tak boleh bawa title tu… so misleading.”

Seorang lagi pengguna pula menyifatkan gelaran berkenaan tidak lagi sesuai digunakan dan meminta supaya ia ditarik.

“Setuju… tak layak jadi pendakwah. Buang terus gelaran da’i tu…”

Ada juga pengguna yang berpendapat pihak TV3 perlu mengambil pendirian berhubung isu tersebut memandangkan gelaran ‘Da’i’ mempunyai kaitan dengan program televisyen Islamik berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dai syed2026-11-04 11:20:40

(TERKINI) Da'i Syed Bebas Kes Rog*l, Hukuman Penjara 10 Tahun Dan Sebatan Diketepikan

The post “Memalukan Dan Mencemarkan Agama Islam” – Netizen Desak Stesen TV Tarik Balik Gelaran Da’i Syed first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved