“Memang Ia Gagal Pada Saya” – Pakar Cadang Percepatkan Kajian, Tutup UNHCR Jika Tak Berupaya Urus Pelarian

LocalPolitics
28 Oct 2026 • 10:38 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

“Memang Ia Gagal Pada Saya” – Pakar Cadang Percepatkan Kajian, Tutup UNHCR Jika Tak Berupaya Urus Pelarian

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan kerajaan sedang mengkaji semula keperluan kehadiran Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia.

Ia susulan kegagalan mereka memainkan peranan dalam menempatkan semula pelarian ke negara ketiga.

Jelas Mohamad atau juga dikenali sebagai Tok Mat, UNHCR tidak lagi dilihat berfungsi sama seperti yang pernah dilaksanakan ketika menangani isu pelarian Vietnam pada 1978 sehingga 1990.

Apatah lagi, keadaan menjadi semakin membimbangkan apabila hanya 5,000 pelarian yang kebanyakannya terdiri daripada etnik dari Myanmar dan bukan Rohingya dihantar ke negara ketiga dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini.

Pakar Cadang Kerajaan Cepatkan Kajian, Buat Keputusan Dalam Tempoh 6 Bulan

Terbaharu, Pakar Undang-Undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Salawati Mat Basir berpendapat kerajaan perlu menyegerakan kajian mengenai keperluan UNHCR di Malaysia.

Malah, keputusan itu perlu dibuat dalam tempoh enam bulan sekiranya badan itu gagal melaksanakan tanggungjawab mereka.

Jelas Salawati, UNHCR kini dilihat tidak lagi cekap dalam memainkan peranan menempatkan semula pelarian di negara ketiga.

Tambahnya, kelemahan itulah yang menyebabkan Malaysia terus berdepan dengan isu pelarian yang berlarutan walhal proses penempatan semula kumpulan itu dilihat terlalu perlahan.

“Memang, dia (UNHCR) gagal pada saya. Dia tidak macam zaman dahulu. Betullah apa kata Menteri Luar itu. Dahulu, ketika zaman pelarian Vietnam, UNHCR memang sangat cekap.

“Dia cepatkan keluarkan (pelarian). Tapi, sekarang ini memang kita tengok sangat perlahan,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Pakar Gesa Kerajaan Nilai Semula Keberkesanan UNHCR & Tentukan Kewujudannya Di Malaysia

Tegas Salawati lagi, dia menggesa agar kerajaan segera menilai keberkesanan badan tersebut dan kedudukannya di Malaysia.

“Saya harap kaji cepat sikit dan bukan (sehingga) 10 tahun, sepatutnya apabila kajian itu, buat dalam enam bulan. (Jika) tidak berupaya, tutup,” ujarnya.

Turut Persoal Tindakan UNHCR Bagi Kad Sedangkan Penyelesaian Penempatan Masih Tidak Jelas

Pada masa sama, dia turut mempersoal tindakan UNHCR yang masih mengeluarkan kad kepada pelarian.

Sedangkan baginya, penyelesaian jangka panjang untuk menempatkan semula pelarian masih belum jelas.

“UNHCR bagi keluar kad (kepada pelarian), tapi dia tidak mahu bertanggungjawab kepada orang yang mereka keluarkan kad itu. Mereka lepas tangan,” katanya.

Tambah Salawati, situasi itu telah menimbulkan persoalan apabila ramai pelarian yang masih menetap di Malaysia selama berpuluh tahun serta tiada penyelesaian yang jelas tentang status mereka.

Pakar Turut Bimbang Dengan Sistem Permohonan Dalam Talian, Dakwa Individu Boleh Mohon Sebelum Masuk Malaysia

Selain itu, Salawati turut menyuarakan kebimbangan dengan sistem permohonan dalam talian yang didakwa boleh membuat individu memohon status sebagai pelarian sebelum masuk ke Malaysia.

Oleh kerana itu jelasnya, Malaysia perlu tegas dalam menguruskan kumpulan ini termasuk menetapkan dasar penerimaan baharu serta tanggungjawab dari pihak berkaitan.

“Pada saya, selagi kita tidak menutup pintu kepada kemasukan pendatang, pelarian dan individu tanpa kewarganegaraan, masalah ini akan terus berlaku dan berpanjangan,” ujarnya.

Pada masa sama, Salawati turut mengingatkan bahawa Malaysia akan terus menanggung beban pengurusan pelarian selagi tiada penyelesaian mengenai isu ini lebih-lebih lagi apabila negara ketiga tidak bersedia untuk menerima lebih ramai pelarian.

Sebelum ini, Mohamad turut mendedahkan bahawa situasi menjadi semakin mencabar apabila beberapa negara yang sebelum ini menerima pelarian antaranya seperti Australia, Jerman dan Amerika Syarikat (AS) telah mengetatkan dasar kemasukan termasuk melaksanakan dasar antimigran.

Malah, Ahli Parlimen Rembau itu turut mencadangkan agar Malaysia segera mengadakan rundingan dengan Myanmar bagi mencari penyelesaian mengenai isu pelarian bagi mengelakkan negara dari terus terbeban.

Baca Artikel Berkaitan; Isu Rohingya Di Malaysia Umpama ‘Bom Jangka’, Boleh Gugat Kestabilan Politik – Syed Saddiq [Video]

Baca Artikel Berkaitan; “Ini Negara Kita!” – Lelaki Bengang Kawasan Pasar Borong Selayang Jadi Tempat Berniaga Warga Asing [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ketibaan Ratusan Pelarian Rohingya Tidak Diterima Penduduk Aceh

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved