“Memang Impian Ayah Meninggal Dunia Ketika Bekerja Untuk Rakyat” – Anak Allahyarham Salahuddin

24 Jul 2023 • 3:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Anak sulung Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub mendedahkan bapanya pernah memberitahu impiannya iaitu dijemput Ilahi ketika sedang berkhidmat.

Menurut Iskandar Zulkarnain, 37 tahun, terlalu banyak nasihat Allahyarham kepada dia dan lima adiknya antaranya adalah untuk berdikari dan tidak bergantung padanya.

Ayah ada beritahu sekiranya dia meninggal dunia, biarlah dalam keadaan sedang bekerja untuk rakyat.”

image is not available

Tambahnya, mereka memang sudah lama meletakkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu sebagai ‘milik rakyat’ dan sudah dididik dari kecil yang dia perlu selalu bersama masyarakat.

Kami pun reda apabila dia sudah capai impiannya, Kalau ada yang buruk-buruk, andai dia silap dan terkasar kata, kami minta maaf.”

Pemergian Allahyarham sangat memberi kesan terhadap ramai orang terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menganggap beliau merupakan seorang sahabat.

image is not available

Dalam pada itu, ramai turut berterima kasih kepada arwah kerana mewujudkan inisiatif Menu Rahmah dan ia semestinya meninggalkan pahala yang berpanjangan buatnya.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan Jalan Sulong, Kampung Serkat, Pontian pada jam 11.30 pagi tadi.

image is not available 24 hours ago

"Menu Rahmah Rahmatullah Dah" - Komen Netizen Mulut Celupar Di Berita Kematian Allahyarham Salahuddin Undang Kritikan