
PETALING JAYA – Puluhan bangkai anjing didakwa ditemui dalam tong sampah awam di Batu Pahat, Johor sekali gus mengundang kemarahan pengguna media sosial.
Menerusi beberapa gambar tular di media sosial, bangkai anjing tersebut diletakkan di dalam plastik sampah hitam dan ditinggalkan di dalam tong sampah awam berkenaan.
Seorang pengguna Facebook yang memuat naik gambar tersebut di dalam bahasa Mandarin dan dia mendakwa, kejadian berlaku pada pukul 5 petang 17 Ogos lalu dengan kelihatan sebuah lori didakwa milik sebuah pihak berkuasa tempatan di lokasi itu.
“Kami bukan berniat untuk menghalang operasi menangkap anjing jalanan. Tetapi sekurang-kurangnya, keseluruhan proses penangkapan, penempatan, kematian, sehinggalah kepada pelupusan bangkai harus mempunyai prosedur operasi standard yang telus, munasabah dan boleh dipantau oleh orang awam.
“Sebelum ini, kami pernah diberitahu bahawa pelupusan bangkai anjing adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Oleh itu, saya ingin meminta pihak berkuasa yang berkaitan untuk memberikan penjelasan terbuka mengenai perkara ini,” katanya.
Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna Facebook dengan meminta kejadian itu dilaporkan kepada pihak berkuasa.
“Lapor polis ambil tindakan, bukti sudah ada. Persatuan Pencinta Haiwan Malaysia, tolong buat aduan polis dengan cepat dan ambil tindakan,” komen pengguna Facebook Castle Queen.
“Kes macam ni tak boleh main senyap. Boleh lapor polis dah ni,” komen Khairul Shahrizan.
“Memang sangat kejam, mesti ada balasan. Lapor polis,” komen Verner Pua. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Memang kejam, mesti ada balasan’ appeared first on Kosmo Digital.





![[VIDEO] Enjin MH89 keluar asap hitam, juruterbang batalkan penerbangan](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-20-at-6.31.55-PM-1024x576.jpeg)