“Memang Kena Banyak Space, Dia Elak Kereta Lain Dari Tercalar” – Netizen ‘Back Up’ Kereta McLaren Ambil 2 Parking Sekaligus

LocalCars
28 Nov 2024 • 10:52 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sudah menjadi kebiasaan jika kereta mewah membuat hal yang menyalahi undang-undang, pasti netizen laju mencari kesalahan mereka dan viralkan gambar ataupun video.

Namun begitu, lain pula cerita di Facebook apabila netizen back up seorang pemilik kereta McLaren 720S yang telah mengambil dua parking sekaligus.

image is not available

Dapat dilihat dalam hantaran tersebut, kelihatan kereta supercar berwarna putih diletak dalam keadaan menyerong di bahagian tengah dua parking yang terletak di Jalan Tun Jugah, Kuching, Sarawak.

Meninjau di ruangan komen, perbuatan tuan badan melakukan seperti itu adalah kebaikan buat sama dan dapat mengurangkan risiko kereta lain tercalar akibat pintu kereta McLaren berkenaan.

image is not available

image is not available

image is not available

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang memberi cadangan buat pihak berkuasa agar menyediakan kotak parkir luas buat kereta yang bersaiz besar atau kereta yang mempunyai pintu yang berbeza berbanding kereta biasa.

image is not available 7 days ago

"Old Money, Old Car, Old Man" - Bergaya Depan Kereta Mercedes, Imej Baru Ustaz Kazim Curi Perhatian