“Memang Kena Mendada ke Apa?” – Berhijab Tapi Suka Joget & ‘Seksi’, Netizen Persoal TikToker Tak Sekolah Agama Ke?

27 Oct 2022 • 4:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pernah dikritik kerana kenyataan tentang agama Islam ketika ditemu bual oleh media popular dari United Kingdom, BBC, kali ini sekali lagi TikToker dari Malaysia ini dikecam netizen.

image is not available 6 bulan lalu

"Hijab Bukan Penghalang Untuk Menari" - Ambil Ringan Isu Agama, Gadis Suka Menari K-Pop Teruk Dikecam

Menerusi rakaman terbaru dimuat naik olehnya, dia yang kini menuntut di sebuah universiti di Korea Selatan itu menari dan penampilannya dikatakan terlalu seksi bagi seseorang yang bertudung.

Gadis dikenali sebagai Sabrina itu dilihat memakai seluar berwarna putih dan baju jenis crop top meraih perhatian ramai apatah lagi sebelum ini dia pernah ditegur kerana pemakaiannya yang dikatakan mencolok mata.

Menerusi ruangan komen video tersebut, ramai netizen mengkritik Sabrina kerana menari dengan pergerakan seakan-akan menggoda.

Malah, ada individu yang persoal jika Sabrina mendapat didikan agama memandangkan dia cemerlang dalam pendidikan hingga dapat melanjutkan pengajian di luar negara.

Bagaimanapun, sesetengah netizen dilihat memuji kecantikan, penampilan Sabrina yang dikatakan sentiasa attractive, dan bakatnya dalam tarian.

image is not availableimage is not available

View Original Article