Memang Nampak Cantik, Tapi 4 Aksesori Ini Bahaya Dalam Kereta

Cars
27 Jun 2024 • 11:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Memang Nampak Cantik, Tapi 4 Aksesori Ini Bahaya Dalam Kereta

Kereta sudah menjadi keperluan yang sangat penting bagi setiap isi rumah di Malaysia. Tidak berlebihan jika dikatakan setiap rumah memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta.

Tidak dapat dinafikan bahawa kereta bagi sebilangan individu adalah seperti ‘rumah kedua’. Sama seperti rumah, sudah pasti kereta yang dimiliki perlulah wangi, bersih, kemas, cantik dan kelihatan ‘berseri’.

Hari ini, menambah aksesori kereta seolah-olah menjadi hobi sebilangan individu, terutamanya bagi mereka yang menjalankan kerja ‘e-hailing’. Ini bertujuan untuk ‘menyerikan’ kenderaan dan memastikan keselesaan bukan sahaja pemandu, tetapi juga penumpang.

Tapi, rata-rata pemilik yang mempunyai ‘kegilaan’ menambah aksesori pada kenderaan peribadi mereka terlepas pandang tentang aspek keselamatan yang seharusnya menjadi keutamaan.

Justeru, SK hari ini akan berkongsikan beberapa aksesori yang tidak digalakkan dipasang dalam kereta oleh Adrian di akaun TikTok @wapcar_adrian.

4 Aksesori Kereta Yang Bahaya

Menurut Adrian, terdapat empat aksesori yang tidak digalakkan dipasang dalam kereta kerana dikhuatiri membawa bahaya terhadap keselamatan pemandu dan penumpang.

Karpet yang tak betul saiz

image is not available
Kredit: Adrian_WapCar.my

Karpet dengan saiz yang tidak betul akan menyebabkan brek tersangkut, dan dikhuatiri berbahaya sekiranya berlaku kecemasan.

Dashboard cover

image is not available
Kredit: Adrian_WapCar.my

Dashboard cover boleh menghalang airbag daripada meletup dengan sempurna sekiranya berlaku kecemasan atau kemalangan.

Seatbelt clip

image is not available
Kredit: Adrian_WapCar.my

Sekiranya anda menggunakan seatbelt clip semasa brek kecemasan, ia tidak akan boleh menahan berat badan anda dan berkemungkinan pecah. Hal ini berisiko membuatkan pemandu atau penumpang ‘terbang’ ke hadapan sekiranya berlaku kemalangan.

Menurut Adrian, sekiranya pihak insurans mendapati anda menggunakan seatbelt clip dalam kereta semasa kemalangan, maka anda tidak boleh menuntut insurans.

Steering wheel sticker

image is not available
Kredit: Adrian_WapCar.my

Airbag di bahagian steering wheel akan meletup untuk mengurangkan risiko kecederaan jika berlaku kecemasan.

Tetapi sekiranya anda memasang steering wheel sticker, maka apabila airbag meletup, ia akan mencederakan muka anda.

Itulah empat aksesori kereta yang mungkin kelihatan cantik di mata kita, tetapi sebenarnya tidak membantu sekiranya berlaku detik cemas yang tidak diduga.

Ingat, utamakan keselamatan kerana orang tersayang menanti kepulangan kita. Semoga bermanfaat.

Sumber: Adrian_WapCar.my via TikTok