Memang padu kalau makan masa hujan, Mi Goreng Ayam Bakar Limau memang tak cukup sepaket

Food
15 Jan 2023 • 11:45 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

Memang padu kalau makan masa hujan, Mi Goreng Ayam Bakar Limau memang tak cukup sepeket

HAMPIR semua rakyat negara ini menggemari mi segera. Sukar untuk menolak sajian berkenaan lebih-lebih lagi pada hari hujan.

Demi memberi kepelbagaian kepada pengguna, jenama Mi Sedaap baru-baru ini memperkenalkan varian baharu iaitu Mi Goreng Ayam Bakar Limau.

image is not available

Ketua Pemasaran Gentle Supreme Sdn Bhd, Kam Ai Nee berkata, perisa berkenaan diinspirasikan daripada sajian ayam bakar yang wangi dengan sambal pedas-pedas masamnya yang tersedia di dalam bentuk mi segera.

“Menariknya tentang resipi kami, ia menggabungkan adunan rempah-ratus yang membangkitkan aroma limau yang segar dengan gandingan sambal yang memikat cita rasa.

“Ia turut dilengkapi dengan kriuk kriuk daun limau bagi membangkitkan lagi selera. Dengan memperkenalkan Mi Sedaap Mi Goreng Ayam Bakar Limau, rakyat Malaysia lebih mudah untuk menikmati sajian legenda ini,” katanya.

image is not available

Sebagai salah satu jenama terkemuka dalam pasaran mi segera selama lebih 19 tahun, Ai Nee berkata, kilang Mi Sedaap diperakukan dengan Pensijilan ISO 22000 bagi Piawaian Antarabangsa untuk Pengurusan Keselamatan Makanan dan Pensijilan ISO 9001 bagi Piawaian Antarabangsa untuk Sistem Pengurusan Kualiti.

“Kami mempunyai pelbagai produk yang telah dinikmati oleh ramai pengguna di
lebih 30 buah negara termasuklah Malaysia, selama lebih dari sedekad.

“Kesemua produk kami memenuhi tahap piawaian pengeluaran yang dikawal rapi, dihasilkan di bawah piawaian pengeluaran dan penyeliaan yang ketat, selain memenuhi piawaian keselamatan makanan di sepanjang rantaian bekalan. Oleh itu, produk Mi Sedaap adalah selamat dan sentiasa sedaap!,” katanya.

Mi Sedaap Mi Goreng Ayam Bakar Limau kini tersedia dalam paket 89 gram x 5 di semua pasar raya terkemuka di seluruh negara.

Pembelian boleh dibeli secara online sama ada menerusi platform Shopee atau Lazada.