“Memang Pelik, Bila Bangun Pagi Ada Orang Di Sebelah” – Muna Shahirah Bahagia Dah Kahwin

22 May 2023 • 11:29 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Penyanyi lagu Cinta Hanya Buatan, Muna Shahirah meluahkan rasa bahagia kerana dia dan kekasih, Sean Tee Yeu Terng Abdullah telah sah disatukan.

Memetik laporan Harian Metro, Muna dinikahkan oleh bapanya sendiri iaitu Munadi Juki dengan mas kahwin sebanyak RM1,000 dan hantaran sebanyak RM60,000.

Menurut Muna, dia bersyukur kerana majlis pernikahannya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.

Alhamdulillah, saya sudah bergelar isteri kepada Sean. Pada mulanya, saya memang pelik, bila bangun pagi ada orang di sebelah.

Namun, saya berasa bahagia kerana kini kami sudah bergelar suami isteri yang sah.

Penyanyi ini mengaku dia kini mempunyai tanggungjawab yang besar memandangkan suaminya seorang mualaf. Dimaklumkan, suaminya yang sudah lama meminati agama Islam mula berhijrah pada Januari lalu.

image is not available

Kami memang dalam fasa yang indah kerana sama-sama belajar agama. Saya juga terbuka hati untuk menerimanya dalam hidup kerana dia seorang yang ‘soft spoken’ dan menenangkan.

Lapor Harian Metro lagi, pasangan ini berkenalan sejak tiga tahun lalu menerusi permainan PUBG. Sean merupakan pemain profesional PUBG dan membantu menguruskan karier seni Muna.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.