Memastikan kestabilan bekalan barang kawalan

21 May 2024 • 1:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Konsep Program Prihatin Keluarga Sandakan (PPKS) mampu menjamin kestabilan bekalan barang kawalan bersubsidi.

Pengarah Seksyen Kawalan Bekalan, Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Shahrudin Hamzah berkata, konsep itu dapat meringankan bebas kos sara hidup rakyat.

“Ini adalah inisiatif dan langkah proaktif KPDN Cawangan Sandakan yang bermula sejak Mac 2022 bertujuan untuk memastikan pengguna khasnya di luar bandar menikmati manfaat subsidi daripada kerajaan.

“Selain itu, bagi memastikan bekalan barang kawalan seperti gula, minyak masak dan tepung di luar bandar tidak terputus di samping memudahkan proses penghantaran barang kawalan ke kawasan yang mengalami kekurangan bekalan.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Saya berharap PPKS, salah satu usaha kerajaan dalam meningkatkan lagi keberkesanan pemberian perkhidmatan kepada rakyat Sabah khususnya, sesuai dengan aspirasi Malaysia Madani,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas lawatan kerja sulungnya ke daerah ini dari 14-16 Mei 2024.

Kunjungan dimulakan dengan mesyuarat bersama agensi penguatkuasaan dan jabatan di daerah ini yang terdiri daripada Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Pelabuhan Dan Dermaga Sabah (JPDS), Jabatan Laut Sabah, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sandakan.

Selain itu, Shahrudin dan rombongan juga mengadakan pemeriksaan dan lawatan kepada pemborong dan peruncit di bawah PPKS di Kinabatangan untuk melihat pelaksanaan pengedaran serta penjualan barang kawalan melibatkan minyak masak bersubsidi di daerah tersebut.

Rombongan beliau turut melawat premis pembungkus minyak dan pemborong gula bagi PPKS.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.