“Memori Lampau Yang Tidak Mahu Saya Ingat Lagi” – Dikaitkan Dengan Lelaki Pukul Isteri, Amalina Beri Respon

Entertainment
18 Nov 2022 • 8:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular hari ini satu rakaman video menunjukkan keganasan rumah tangga membabitkan seorang lelaki yang didakwa bekas suami penyanyi dangdut popular.

Menerusi rakaman itu, lelaki terbabit dilihat mengheret seorang wanita dipercayai isterinya dan memukulnya berkali-kali sambil disaksikan kanak-kanak perempuan.

image is not available 3 hari lalu

"Separuh Mati Dibuatnya.." - (VIDEO) Lelaki Didakwa Bekas Suami Penyanyi Dangdut Dera Isteri Baru?

Gara-gara penularan video tersebut, nama Amelina atau Norazlina Amir Sharipuddin, 48, dikaitkan selepas satu komen mengatakan lelaki tersebut mempunyai bekas isteri seorang penyanyi dangdut.

Amelina telah pun tampil menjelaskan lelaki tersebut tiada kena mengena dengan dirinya dan meminta agar perkara tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Saya tak mahu komen kerana hal itu tiada kaitan pun dengan saya. Tentang video tersebut biar;ah pihak berkuasa yang buat siasatan.”

image is not available

Jelasnya lagi, jika benar lelaki itu adalah bekas suaminya sekali pun dia enggan masuk campur kerana mereka kini sudah tidak ada sebarang kaitan.

Tambah Amelina, dia juga sudah lama melupakan semua perkara tentang kehidupan lampaunya memandangkan kini sudah mempunyai kehidupan baru bersama anak-anak.

Minta maaf, bukan saya tak kesian tetapi apabila namanya disebut-sebut secara tidak langsung ia menggamit memori lampau yang tidak mahu saya ingat lagi.”

Sementara itu, polis telah membuka kertas siasatan berhubungan perbuatan lelaki terbabit yang mendera seorang wanita di sebuah rumah di sekitar Kajang, Selangor.