
KIULU: Dengan keindahan sungainya yang jernih dan sistem tagal yang sudah lama diamalkan, Kiulu memperhebat usaha mempromosikan pelancongan perikanan lestari yang menyokong pemeliharaan alam sekitar serta kesejahteraan ekonomi penduduk setempat.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai berkata sekarang adalah masa yang sesuai untuk memperluaskan eko-pelancongan di kawasan luar bandar dengan memberi tumpuan kepada pengalaman diterajui komuniti dan berimpak rendah.
“Kita bukan mengejar pelancongan secara besar-besaran. Apa yang kita mahu ialah pengalaman berskala kecil yang bermakna yang menghubungkan manusia dengan alam dan budaya serta memberi manfaat langsung kepada komuniti tempatan,” katanya.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Joniston berkata demikian semasa pelancaran sistem tagal di Sungai Taaran, Kampung Romokon pada Rabu, satu inisiatif yang diterajui oleh komuniti setempat dengan sokongan Jabatan Perikanan Sabah.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Pembangunan jabatan, Datin Dr Shuhadah Mustapha.
Sistem tagal ialah kaedah tradisional pengurusan sungai berasaskan komuniti, di mana aktiviti menangkap ikan diharamkan sementara waktu di kawasan tertentu bagi membolehkan populasi ikan pulih semula.
Joniston yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu berkata sungai dan anak sungai yang masih terpelihara di Kiulu kini menjadi tarikan pelancongan popular hasil usaha penduduk kampung yang komited melindungi sumber air mereka.
“Penduduk di sini menyediakan aktiviti seperti memberi makan ikan dan berjalan menyusuri sungai. Langkah seterusnya adalah menjadikan aktiviti ini sebagai produk pelancongan yang terancang, dipimpin oleh koperasi dan kumpulan belia setempat,” ujarnya.
Beliau menekankan kepentingan penceritaan yang menarik, pengalaman lawatan yang berpandukan jurupandu serta penyelarasan yang lebih baik di peringkat kampung untuk membuka sepenuhnya potensi pelancongan kawasan ini.
Joniston yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) berkata kementeriannya bekerjasama rapat dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar serta Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (Maffi) bagi menyelaraskan usaha pelancongan luar bandar dengan keperluan infrastruktur dan alam sekitar.
“Tiga kementerian ini saling melengkapi. Bagi pelancongan berasaskan perikanan atau pertanian, sokongan daripada Maffi dan agensi pembangunan luar bandar amat penting, terutamanya dari segi infrastruktur dan kepakaran teknikal,” katanya.
Beliau turut mencadangkan agar beberapa lokasi tagal terpilih di sini dikenal pasti untuk dibangunkan sebagai projek rintis eko-elancongan, dengan penekanan kepada pendidikan alam sekitar, penghayatan budaya dan nilai ekonomi kepada komuniti setempat.


