Memperkukuh nilai keluarga-Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa, kasih saudara masa berada

Family & Parenting
16 Apr 2026 • 7:00 AM MYT
Zulkifly Baharom
Zulkifly Baharom

An HR practitioner, Sejahtera Leadership Coach & Gusi Peace Prize Laureate.

Image from: Memperkukuh nilai keluarga-Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa, kasih saudara masa berada
Senator Syed Shahir (kanan) mengenali ibu & adik beradik Dr. Zul lebih dari setengah abad. Foto: Yazdi

Ungkapan ini membawa maksud kasih sayang ibu sangat agung hingga mampu membawa anak ke syurga, manakala kasih ayah pula tiada berbelah bahagi sepanjang masa. Ini menekankan pengorbanan, didikan, dan perlindungan tanpa syarat daripada kedua-dua ibu bapa yang tidak boleh diganti di dunia ini. Sesungguhnya, tidak ada ruang sebagai seorang anak dalam menidakkan kewajipan untuk menjaga dan berbuat baik terhadap ibu dan ayah.

Sheik Mustafa al-Maraghi ketika mengulas ayat 23, dalam Surah Al-Isra' menyatakan bahawa “Allah SWT benar-benar mewasiatkan tanggungjawab ini terhadap kedua-dua ibu dan ayah secara serius, sehingga anak-anak yang durhaka akan meremang bulu romanya & merasa ngeri apabila mendengarnya. Ini disababkan wasiat itu dimuliakan oleh Allah SWT dengan perintah supaya manusia bertauhid dan beribadah kepadaNya. Kemudian kewajipan tersebut digenaplan dengan kewajipan berbuat bajk kepada kedua-dua ibubapa. Katakan kepada mereka perkataan yang mulia dan bersopan santun setiap masa.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 8/3932)

Image from: Memperkukuh nilai keluarga-Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa, kasih saudara masa berada
Almarhummah Umi (dua dari kiri) mesra denan anak-anaknya, (dari kiri) Jamal, Zul, Eda & Mus. Foto: Zarina

Saya ialah abang sulung kepada empat beradik: Mustapha, Jamaluddin dan Norlida Hanom. Ayah kami telah meninggal dunia pada tahun 1972 manakala ibu kami pula turut meninggal dunia pada 25 Jun, 2023. Di saat itu, kami baharu mengerti bahawa peluang untuk berbakti kepada ayah dan ibu tidak akan kembali lagi. Kami kini sedar keredhaan Allah SWT bergantung kepada keredhaan ibu dan ayah. Wang boleh dicari. Ilmu boleh digali. Namun kesempatan mengasihi ibubapa, tidak akan datang lagi. Selagi mereka masih ada, hargailah dengan kasih sayang. Berikan masa sebelum semuanya menjadi memori.

Image from: Memperkukuh nilai keluarga-Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa, kasih saudara masa berada
Perbahasa mengungkapkan “kasih ibu sepanjang masa, kasih anak sepanjang galah” memberi arti kasih sayang ibu tak terbatas dan selamanya, sementara kasih anak begitu terbatas. Foto: Zarina

Saya sebak membaca mesej dari sahabat baik, Senator Syed Shahir Syed Mohamud, yang mengenali ibu kami, Hajah Aminah Mat Desa, dan menyatakan “Terbayang wajah Almarhummah umi (begitu kami memanggil ibu). Hati jadi sedih, dan pilu sekali. Umi sangat hebat orangnya semasa hidupnya. Masih segar diingatan saya, wajah ‘orang tuaitu’ yang sangat saya hormati & sayangi. Masak gulai ikan termenung Almarhummah memang tak boleh challenge!

Teringat kami dengan sabda Rasulullah SAW, “Rugilah anak yang mensia-siakan prluang berbakti kepada kedua ibu & ayah. Beruntunglah mereka yang sempat bersama dan berbakti kepada kedua ibu dan ayah, merekalah ningrat yang sangat bertuah dan beruntung.” (Riwayatkan oleh Abu Hurairah R.A.)


Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.