Memupuk secara berterusan semangat patriotisme cintakan negara & bangsa Malaysia dalam diri anak-anak kita #MalaysiaKita

Family & Parenting
22 Sep 2025 • 7:00 AM MYT
Zulkifly Baharom
Zulkifly Baharom

An HR practitioner, Sejahtera Leadership Coach & Gusi Peace Prize Laureate.

Image from: Memupuk secara berterusan semangat patriotisme cintakan negara & bangsa Malaysia dalam diri anak-anak kita #MalaysiaKita
Dr. Zul mengibar bendera Malaysia di pameran Tugu Negara. Foto: Zarina
Image from: Memupuk secara berterusan semangat patriotisme cintakan negara & bangsa Malaysia dalam diri anak-anak kita #MalaysiaKita
Dr. Zul menjulang Jalur Gemilang di Butterworth di mana sambutan utama Hari Malaysia 2025 berlangsung dalam suasana penuh semangat patriotisme menjadi tunjang kekuatan negara. Foto: Zarina

Semangat patriotik bermaksud perasaan cinta & kasih sayang terhadap tanah air, yang merangkumi kesediaan mempertahankan kedaulatan negara dan mengutamakan kepentingan negara. Alhamdulillah. Pelbagai aktiviti Hari Kebangsaan (31 Ogos) & Hari Malaysia (16 September) sempena perayaan di Bulan Kemerdekaan telah dapat didedahkan kepada semua lapisan rakyat, terutama sekali anak-anak muda dan para pelajar berpeluang menghayatinya. Semangat patriotik merupakan elemen penting yang mesti ada dalam sanubari dan minda rakyat Malaysia demi mengeratkan perpaduan & kesejahteraan.

Masih segar lagi diingatan, Allahyarham ayahanda saya, Baharom Mat Alif, seorang mantan Konstabel Khas (SC) Malaya yang pernah berkhidmat untuk mengawal kepentingan & kemudahan rakyat di Tanah Melayu untuk menangani ancaman komunis pada tahun 1948. Arwah menyatakan kepada saya bahawa, “Semangat patriotik bermaksud suatu perasaan atau jiwa murni di dalam diri sesaorang yang sayang & cinta akan bangsa, agama dan tanah air.”

Saya berpendapat, pada era digital ini, semangat patriotik hendaklan terpateri dan ditanam serta disemai dalam jiwa & pemikiran setiap individu bagi membentuk sahsiah diri yang cemerlang untuk membentuk sebuah negara yang maju dan gemilang. Saya perhatikan bila sesaorang yang begitu sayang dan cinta akan negaranya sentiasa bersikap ingin berkorban untuk berjuang meningkatkat pembangunan ekonomi dan mempertahankan negara mereka.

Image from: Memupuk secara berterusan semangat patriotisme cintakan negara & bangsa Malaysia dalam diri anak-anak kita #MalaysiaKita
Ilfi Fatihah (cucu Dr. Zul) berdiri no.2 dari kiri, bersama Pasukan Kadet Remaja Sekolah Rendah Al-Amin Cyberjaya, bersedia untuk menyertai kem latihan sempena Hari Malaysia 2025. Foto: SRAAC

Saya amat teruja dengan iltizam guru-guru di sekolah untuk memupuk amalan jati diri dan kesedaran cintakan Malaysia dikalangan murid-murid mereka. Selain daripada mempelajari pengajian sejarah, murid-murid digalakkan menyertai badan beruniform dan sukan berpasukan supaya dapat meningkatkan semangat patriotik. Sesungguhnya, penglibatan dalam badan-badan beruniform sekolah seperti pasukan kadet, pengakap, pandu puteri dan bulan sabit menjadi wadah untuk membentuk disiplin, hormat menghormati, akhlak, kerja berpasukan dan daya kepimpinan serta memantap semangat patriotik.

Disamping itu, ibu bapa juga mesti memperkukuh peranan penting dalam memupuk semangat patriotik pada jiwa sanubari anak-anak mereka. Ini kerana, anak-anak yang belum matang untuk berfikir akan sentiasa mencontohi tingkah laku ibu bapa mereka. Anak remaja akan sentiasa ingat pengajaran yang mereka lihat dan sering mendengar kata-kata ibu-bapa mereka dan setiap sikap yang diamalkan semasa kecil biasanya akan kekal hingga mereka dewasa.


Image from: Memupuk secara berterusan semangat patriotisme cintakan negara & bangsa Malaysia dalam diri anak-anak kita #MalaysiaKita

Apa yang buat anda bangga jadi rakyat Malaysia? Kongsikan kisah anda di Newswav dan rebut peluang memenangi hadiah bernilai hingga RM7,000!

Ketahui cara penyertaan di sini. Jangan lepaskan peluang! T&S terpakai.


Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.