
Menakjubkan, Orang Ramai Kongsi Keindahan Bulan Penuh Malam Ini
Umum mengetahui, dunia ini pasti penuh dengan keindahan alam semula jadi yang sangat memukau mata yang memandang.
Bermula dari gerhana bulan, gerhana matahari, sehinggalah kejadian seperti fenomena bulan penuh, ia pasti akan ditunggu-tunggu oleh orang ramai.
Lazimnya, bulan penuh merupakan fenomena yang sering ditunggu oleh orang ramai kerana keindahannya yang menerangi langit di malam hari pasti membuatkan ramai yang terpukau melihatnya.
Fenomena "pink moon" terangi langit malam ini
Malam ini, satu fenomena bulan penuh yang dikenali sebagai "pink moon" dikatakan dapat dilihat oleh orang ramai.
Bulan penuh biasanya berlaku apabila bulan berada dalam lingkungan 90 peratus perigee dan dikatakan lebih dekat ke bumi. Waktu itu, bulan akan kelihatan lebih besar dan lebih cerah berbanding kebiasaannya.

Dalam pada itu, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) turut berkongsi di media sosial bahawa bulan akan memasuki fasa bulan penuh pada jam 10:11 pagi.
Menurut The Old Farmer's Almanac, nama merah jambu merujuk kepada bunga Phlox Subulata iaitu sejenis bunga liar yang berasal dari bahagian timur Amerika Utara.
Bunga ini dikatakan sering dikenali sebagai moss pink dan biasanya mula mekar sekitar waktu bulan purnama pada bulan April.
Menurut EarthSky, bulan purnama dapat dilihat oleh orang ramai di hemisfera Utara dan Selatan kerana dianggap berada dalam fasa penuh sehingga 12 jam sebelum dan selepas waktu kemuncaknya.
Baca juga:
Bulan Akan Merah 3 Mac Ini, Kenali Fenomena "Blood Moon"
Gerhana Matahari Penuh Kedua Terpanjang Abad Ke-21 Bakal Berlaku
Orang ramai kongsi gambar keindahan bulan penuh
Orang ramai seluruh dunia sudah tentu tidak melepaskan peluang untuk turut berkongsi koleksi gambar fenomena tersebut di media sosial.
"Semakin gelap persekitaran, semakin jelas anda dapat menikmati fenomena tersebut," ujar Noah Petro, Ketua Makmal Geologi Planet, Geofizik dan Geokimia NASA.







Selain itu, MYSA turut berkongsi satu lagi fenomena alam yang dijangka akan berlaku pada bulan ini iaitu Hujan Meteor Lyrids.
"Hujan Meteor Lyrids aktif dari 14 hingga 30 April 2026 dengan kemuncak pada 22 hingga 23 April," kongsi MYSA lagi.




