Menakjubkan, Pesona “Strawberry Moon” Pukau Pandangan Ramai

23 Jun 2024 • 1:42 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Menakjubkan, Pesona “Strawberry Moon” Pukau Pandangan Ramai

Malam ini kita dapat menyaksikan bulan purnama yang begitu terang di langit. Fenomena ini dipanggil ‘Strawberry Moon’ atau Bulan Strawberi, yang hanya berlaku dalam bulan Jun setiap tahun.

Menerusi tinjauan di media sosial seperti Facebook dan Twitter, warganet dari seluruh dunia turut berkongsi pelbagai foto bulan penuh yang terang-benderang ini.

Koleksi gambar Bulan Strawberi 21 dan 22 Jun 2024 mempesona warganet dari serata dunia

image is not available
Gambar: X @natagoor_

Gambar bulan penuh di atas diambil oleh salah seorang pengguna X (@natagoor_) dari Indonesia. Selain itu, gambar di bawah pula dikongsikan oleh pengguna Facebook, Justin Berk, seorang ahli meteorologi dari Amerika Syarikat.

image is not available
Gambar: Facebook Justin Berk, Meteorologist

image is not available
Gambar: Facebook Justin Berk, Meteorologist

Beberapa perkongsian warganet tempatan dari Kumpulan Facebook Astronomi & Sains:

image is not available
Bulan Strawberi dari Jambatan Putrajaya. Gambar: Aleen Aleisa

image is not available
Bulan Strawberi di Malaysia. Gambar: Alin dari Kumpulan Astronomi & Sains

image is not available
Bulan Strawberi dari Hospital Manjung, Perak. Gambar: Norehan Bahrin II dari Kumpulan Astronomi & Sains

image is not available
Kredit: NASA

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) juga pernah memaklumkan mengenai fenomena tersebut sebelum ini dalam satu kenyataan ringkas.

Sehari sebelum, iaitu pada 21 Jun 2024, sebenarnya telah berlaku Solstis Musim Panas iaitu fenomena matahari berada pada kedudukan paling jauh ke utara dari Garisan Khatulistiwa. Kejadian ini menandakan musim panas bermula di Hemisfera Utara manakala di Hemisfera Selatan pula musim sejuk bermula.

Sementara itu, MYSA turut menjangkakan bulan berada di Perigee iaitu di kedudukan paling dekat dengan Bumi dengan jarak 369,291 kilometer pada 27 Jun nanti.

View Original Article