Menang Peraduan Milo, Adriana Adnan Sujud Syukur Dapat Jumpa Park Seo-Joon

14 Feb 2023 • 11:33 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelakon dan pengacara terkenal, Adriana Adnan baru-baru ini telah memuat naik posting di IG story menyatakan dia bakal berjumpa dengan pelakon Korea Selatan, Park Seo-Joon. Eh, serius lah?

Pada masa yang sama, Adriana juga menyatakan dia bakal berjumpa dengan pelakon kacak itu kerana memenangi peraduan yang telah diadakan oleh MILO Malaysia.

Teruja betul

image is not available

Menurut Adriana, dia telah membeli produk milo dengan sebanyak yang mungkin untuk memasuki peraduan tersebut. Dalam posting di IG stories miliknya, Adriana kelihatan sangat teruja kerana telah memenangi peraduan itu.

Tak, saya masuk peraduan itu sebab saya nak jumpa dia (Park Seo-Joon) sangat-sangat. Saya masuk sampai saya beli Milo banyak-banyak.

Wah, excited betul sampai terus sujud syukur. Apa-apapun, tahniah Adriana dapat jumpa Park Seo-Joon!

Untuk pengetahuan, Park Seo-Joon telah dipilih sebagai Sahabat MILO tahun lalu dan hanya 300 pemenang bertuah, “Jom Minum MILO® Bersama Park Seo-Jun di Malaysia!” akan menerima Pas Eksklusif untuk bertemu dengan aktor tersebut.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media