Menang Trademark Nama Kumpulan, 4 Ahli BTOB Umum Buka Agensi Sendiri ‘BTOB Company’

21 Feb 2024 • 10:41 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Eun-kwang, Min-hyuk, Hyun-sik dan Peniel BTOB telah menubuhkan agensi sendiri!

DOD, sebuah syarikat hiburan komprehensif telah mengumumkan bahawa ia telah menubuhkan agensi syarikat BTOB untuk empat ahli kumpulan itu iaitu Seo Eun-kwang, Lee Min-hyuk, Lim Hyun-sik dan Peniel.

Berikutan dengan itu, keempat-empat ahli BTOB tersebut akan meneruskan kesemua aktiviti mereka di bahawa naungan agensi itu.

Terlebih dahulu, sebelum ini syarikat BTOB telah mencapai persetujuan dengan CUBE Entertainment berhubung dengan penggunaan hak ‘trademark’ untuk nama kumpulan tersebut supaya mereka boleh meneruskan aktiviti di bawah nama kumpulan itu.

Berikutan dengan ini, kesemua ahli kumpulan tersebut kini bebas untuk mempromosikan aktiviti menggunakan nama BTOB tanpa sebarang halangan.

image is not available

Malah, syarikat BTOB turut berkata bahawa mereka akan berusaha yang terbaik untuk menyokong aktiviti-aktiviti ahli kumpulan tersebut yang akan datang.

Kata mereka,

Kami berbesar hati untuk menyokong Seo Eun-kwang, Lee Min-hyuk, Lim Hyun-sik dan Peniel supaya mereka boleh menjadi lebih aktif dalam pelbagai aktiviti BTOB yang akan datang.

Tahniah buat BTOB dan Melody!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.