Menang wang tunai dan hadiah bernilai hingga RM100,000, Peraduan MARIGOLD & Sun Life jangan dilepaskan

17 Sep 2022 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
peraduan marigold

BUAT pertama kalinya, MARIGOLD berkolaboratif bersama syarikat insurans hayat dan takaful keluarga, Sun Life Malaysia melancarkan peraduan Sahut Cabaran, Realisasi Impian di seluruh negara.

Pertandingan yang berlangsung bermula 1 September hingga 31 Oktober itu diilhamkan menerusi kempen terbaru Susu UHT MARIGOLD yang bertemakan Membesar dengan Setiap Cabaran.

Pengurus Besar Malaysia Milk Sdn Bhd (pengeluar produk MARIGOLD), Poh Eng Lip berkata, pihaknya percaya kesusahan mampu membina sahsiah diri dan menguatkan daya tahan.

“Sebagai pemilik jenama, kami perlu memastikan nutrisi yang baik dapat disediakan melalui Susu UHT MARIGOLD sebagai sokongan fizikal dan mental.

“Khasiat susu terbaik yang kami tawarkan penting untuk pembangunan kanak-kanak sekali gus menggarap potensi mereka sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Negara Sun Life Malaysia, Raymond Lew berkata, kerjasama dengan MARIGOLD mengukuhkan komitmen dalam membina komuniti mampan.

“Kami yakin dan percaya dengan setiap langkah ibu bapa dalam membuat rancangan awal untuk masa depan anak terutamanya berkaitan keperluan pendidikan.

“Justeru, kami sedia membantu rakyat memiliki sekuriti dalam kewangan sepanjang hayat dan menikmati kehidupan lebih berkualiti,” katanya.

image is not available

Menerusi peraduan tersebut, orang ramai berpeluang memenangi hadiah berupa wang tunai dan tablet dengan nilai keseluruhan sebanyak RM100,000.

Mudah sahaja untuk menyertai pertandingan yang sedang berlangsung iaitu kalian hanya perlu membeli mana-mana produk Susu UHT MARIGOLD seperti berikut:

1. Satu pek Susu UHT MARIGOLD (1 liter)
2. Satu set Susu UHT MARIGOLD (200ml x enam pek)
3. Dua set Susu UHT MARIGOLD (200ml x tiga pek)

image is not available

Kemudian hantar resit rasmi pembelian melalui WhatsApp dan jawab satu soalan mudah untuk merebut hadiah lumayan.

Pemenang hadiah tempat pertama bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 manakala tempat kedua menerima habuan RM10,000.

image is not available

Bagi pemenang tempat ketiga, wang tunai RM5,000 menanti anda dan hadiah sagu hati berupa tablet juga diberikan.

Tip mudah untuk menang, peserta boleh menghantar sebanyak mungkin penyertaan menerusi pembelian produk Susu UHT MARIGOLD.

Untuk maklumat lanjut, layari www.peraduansahutcabaranmarigold.com.my.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

View Original Article