Menara Ilham Milik Keluarga Tun Daim Disita SPRM, Didakwa Terlibat Kes Penyelewengan Dana Negara

22 Dec 2023 • 9:27 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Agensi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah menyita bangunan Menara Ilham di Kuala Lumpur setelah ia dipercayai terlibat dalam kes penyelewengan dana negara berjumlah lebih RM2.3 Bilion membabitkan seorang tokoh korporat dan bekas menteri kanan.

Sumber SPRM yang dihubungi media berkata, bangunan itu yang turut menempatkan pejabat tokoh korporat berkenaan telah disita di bawah Akta SPRM 2009.

Urusan penyitaan itu telah dikeluarkan di bawah Seksyen 38(1) Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah setelah berpuas hati dengan maklumat yang diberikan oleh pegawai SPRM.

Terdahulu, SPRM melaporkan sedang menyiasat seorang tokoh korporat berhubung kes penyelewengan dana negara bernilai lebih RM2.3 Bilion.

Siasatan itu adalah kesinambungan dan lanjutan daripada pendedahan dokumen sulit oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar persisir. – Harian Metro

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available

21 hours ago

Cabul Sepupu Sendiri, Cucu Penyanyi Era 70-an Mengaku Tidak Bersalah