Menara Komunikasi Terbakar, 1,000 Pengguna Di Padawan Terjejas

LocalTechnology
3 Jul 2026 • 3:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Menara Komunikasi Terbakar, 1,000 Pengguna Di Padawan Terjejas

Menara Komunikasi Terbakar, 1,000 Pengguna Di Padawan Terjejas

Kira-kira 1,000 pengguna perkhidmatan komunikasi di beberapa kampung sekitar Padawan terjejas selepas sebuah menara komunikasi komersial milik Sacofa Sdn Bhd di Kampung Semaru terbakar dalam kejadian petang kelmarin.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, kejadian yang berlaku sekitar pukul 6 petang itu mengakibatkan gangguan liputan rangkaian serta sambungan komunikasi yang tidak konsisten di kawasan terlibat.

Menurut MCMC, antara lokasi yang menerima kesan gangguan ialah Kampung Semaru, Kampung Biya Parang, Kampung Sapit, Kampung Kiding, Kampung Pesang dan Kampung Subang.

Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Baca juga:

“MCMC telah mengarahkan penyedia perkhidmatan berkaitan supaya mengambil langkah mitigasi segera termasuk mengoptimumkan liputan rangkaian sedia ada di kawasan berhampiran serta mengoperasikan Portable Base Transceiver Station (PBTS),” menurut kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, langkah tersebut diambil bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan komunikasi sementara kerja pemulihan infrastruktur dijalankan.

Dalam pada itu, MCMC berkata pengguna yang terjejas disaran memanfaatkan kemudahan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) berhampiran untuk mendapatkan akses komunikasi dan kemudahan digital.

Antara pusat yang boleh digunakan ialah NADI Kampung Darul Islam Belimbing, NADI Kampung Bengoh dan NADI Kampung Braang Bayur.

MCMC berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan semasa serta bekerjasama rapat dengan Sacofa Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan dan agensi berkaitan bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar.

Katanya, usaha sedang dipergiat supaya perkhidmatan komunikasi di kawasan terjejas dapat dipulihkan secepat mungkin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved