Menara Merdeka 118 Bakal Dibuka Secara Rasmi Pada Januari 2024

Business & Finance
27 Dec 2023 • 5:18 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Menara Merdeka 118 yang sudah siap terbina sepenuhnya dijangkakan akan dibuka secara rasmi pada Januari 2024 dengan pemindahan operasi Permodalan Nasional Bhd (PNB) secara berperingkat bermula bulan ini.

Menurut laporan Harian Metro, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn memberitahu dalam tempoh terdekat ini kumpulan pertama akan berpindah selepas mendapat kelulusan terakhir.

Difahamkan, Maybank menjadi penyewa utama yang akan berpindah pada 2025 malah, sambutan daripada pihak lain untuk menyewa di menara tersebut sangat memberangsangkan.

Menara Merdeka 118 dibuka

image is not available

“Menara sudah siap. Kumpulan pertama akan berpindah masuk sebelum akhir tahun ini. Dek pemerhatian akan dibuka pada separuh kedua 2024.

“Stadium Merdeka pula sedia pada pertengahan tahun depan,” katanya.

Sekadar info, Menara 118 yang dimiliki PNB menerusi anak syarikat milik penuhnya, PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd mempunyai 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter.

image is not available

Bukan itu sahaja, menara itu juga dinobatkan sebagai menara kedua paling tinggi di dunia selepas Burj Khalifa, Dubai setinggi 828 meter.

Nilai pembangunan kasar (GDV) PNB 118 berjumlah lebih RM3.5 bilion bakal memberi impak positif kepada negara terutamanya dalam sektor ekonomi.

Untuk pengetahuan semua, sebelum ini Shanghai Tower memegang rekod menara kedua tertinggi di dunia pada ketinggian 632 meter.

image is not available

Menara Merdeka 118 mempunyai 3.1 juta kaki persegi ruang lantai dan dek pemerhatian tertinggi di Asia Tenggara, setinggi 500 meter.

Selain Maybank, hotel Park Hyatt bertaraf lima bintang antara penyewa utama di menara tersebut yang menduduki 17 tingkat (dari aras 100 hingga 117) dengan 252 bilik.

image is not available

Sumber: Harian Metro