Menari Dengan Lelaki Pakai Seluar Dalam, Baby Shima Sengaja Undang Kontroversi?

Entertainment
10 Nov 2022 • 9:16 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sejak kebelakangan ini, nama penyanyi dangdut Baby Shima sering menjadi bualan gara-gara pakaiannya yang dikatakan mencolok mata.

Baby Shima juga ada menerima teguran daripada pendakwah kerana menari dengan aksi ghairah dalam sebuah klip video bersama usahawan kosmetik.

Terbaru, penyanyi ini sekali lagi mengundang kontroversi selepas memuat naik sedutan muzik video Sejenak Sendiri.

Untuk market Indonesia

Menurut Baby Shima, lagu dan video itu untuk pasaran di Indonesia sahaja. Penyanyi ini turut berseloroh sama ada dia boleh mengalahkan penari usahawan Dato’ Aliff Syukri.

image is not available

image is not available

Tak lama selepas dimuat naik, video itu menerima reaksi negatif daripada netizen. Mereka menegur Baby Shima yang seolah-olah tak mengambil pengajaran daripada video-video kontroversi sebelum ini.

Penyanyi ini bagaimanapun telah menutup bahagian komen.

Kredit: Instagram Baby Shima

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.