Menari, makan di tanah perkuburan, sekumpulan wanita & lelaki dikecam tidak jaga adab

22 Jan 2024 • 11:59 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Ketika berada di tanah perkuburan, beberapa adab perlu dititikberatkan. Antaranya, berpakaian menutup aurat, digalakkan dalam keadaan berwuduk, disunatkan membaca ayat-ayat Al-Quran untuk dihadiahkan kepada si mati dan banyak lagi.

Adab dan peraturan ini perlu diikuti sebagai tanda penghormatan terhadap tempat persemadian jenazah orang Islam.

Satu video tular bagaimanapun dikecam ramai gara-gara tindakan beberapa orang wanita dan seorang lelaki menari mengikut rentak muzik yang dipasang. Kelihatan juga satu pembesar suara diletakkan di tepi kubur.

Bukan itu sahaja, mereka langsung dilihat tidak menghormati tempat tersebut dengan menjamu selera seperti berkelah.

Difahamkan, rakaman tersebut merupakan di kawasan tanah perkuburan di Indonesia.

Walaubagaimanapun, netizen mempersoalkan tindakan tersebut yang disifatkan seperti memalukan umat Islam.

Ada yang mengatakan konten sebegini menjadi trending di sana.

View Original Article