Menarik Di Sibu, Event Stylofest Sibu 2022 Bakal Diadakan Bermula Pada Hujung Minggu Ini

23 Aug 2022 • 3:24 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Wahh, menarik betul hujung minggu ni!

Menarik Di Sibu, Event Stylofest Sibu 2022 Bakal Diadakan Bermula Pada Hujung Minggu Ini. Setelah dua tahun kita dilanda virus COVID-19 hingga kita terpaksa menangguhkan apa-apa aktiviti keramaian,akhirnya pada tahun ini kita dapat juga merasai kembali kemeriahan suasana.

Terdapat satu event untuk anda berkunjung di Sibu, dimana anda boleh berjumpa pelbagai artis terkenal tanah air dan pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan di sini. Jadi, orang ramai dijemput untuk memeriahkan lagi suasana selama event ini berlangsung!

image is not available
Sumber gambar: FB Info Sibu

Bakal diadakan di Stadium Indoor Sibu

Stylofest Sibu 2022 ini akan berlangsung di Sibu Indoor Stadium dari 26 hingga 28 Ogos 2022 bermula pada pukul 10 pagi hingga 12 malam. Bolehla bawak family korang singgah di sini pada hujung minggu niimage is not available

image is not available
Stadium Indoor Sibu. Sumber gambar: FB Lee Kim Shin

Untuk Stylofest Sibu 2022, terdapat aktiviti untuk anda berkunjung bersama keluarga. Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah zumba, pertandingan karaoke, permainan untuk kanak-kanak, cabutan bertuah dan banyak lagi aktiviti menarik yang bakal menanti anda!

Tidak hanya itu, anda juga berkesempatan untuk melihat konsert yang bakal dipersembahkan oleh artis-artis terkenal tanah air antaranya Hael Husaini, MK K-Clique, Mark Adam dan banyak lagi!

image is not available
Menarik Di Sibu, Event Stylofest Sibu 2022 Bakal Diadakan Bermula Pada Hujung Minggu Ini

Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda boleh pergi laman Facebook Stylofest.

Untuk ketahui lagi event menarik yang bakal diadakan di Sarawak ini, anda boleh klik LIKE pada page kami ILoveBorneo dan ILoveKuching untuk mendapat info terkini.

Lagi event menarik untuk anda kunjungi di Sarawak. Baca pautan di bawah: