
Kota Kinabalu: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 12 bulan pada Selasa kerana menceroboh sebuah rumah, di sini, bulan lalu.
Ahadi Salleh, 25, mengaku bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie melakukan kesalahan itu di sebuah rumah kepunyaaan Sim Sie Ngan di Taman Sheraton di Jalan Damai di sini pukul 4.50 petang pada 26 Jun.
Pertuduhan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, mahkamah dimaklumkan oleh pendakwaan bahawa Ahadi mengaku menyelinap masuk ke dalam rumah itu melalui pintu sisi dengan memotong mangga pagar jeriji.
Ahadi bersembunyi di dalam siling rumah ketika polis tiba tetapi kemudiannya ditahan.
Turut dirampas daripadanya ialah beg yang mengandungi peralatan pecah masuk rumah, kata pendakwaan.
Dalam kes berasingan, dua orang dijatuhi hukuman kerana memiliki peralatan perjudian.
Evlyn Kogi, yang tampil di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles, didenda RM1,000 atau dua bulan penjara kerana memiliki tiga tiket loteri haram pukul 3.30 petang pada 6 April tahun ini di pekan Donggongon.
Clethra Cyrinus, yang hadir di hadapan Stephanie didenda RM800 atau seminggu penjara kerana mempunyai empat lip loteri haram pukul 1.40 petang pada 3 Januari tahun ini di Kepayan.
Mereka, masing-masing didakwa, di bawah Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan, atau denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, mahkamah diberitahu oleh pendakwaan bahawa Evlyn dan Clethra ditahan polis, yang menemui telefon bimbit dan pencetak mudah alih daripada setiap seorang daripada mereka serta wang tunai RM42 dan wang tunai RM92 daripada Evlyn dan Clethra, masing-masing.
Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit dan Kelvan Elson Maik.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
