Mencuri Di Siang Hari, Dua Lelaki Berjaya Dirakam Larikan Kereta Toyota Prado Di Kuching

4 Jul 2022 • 4:52 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Nombor plat kenderaan adalah QAJ2679

Mencuri Di Siang Hari, Dua Lelaki Berjaya Dirakam Larikan Kereta Toyota Prado Di Kuching. Sebuah kereta Toyota Prado (QAJ2679) telah dilaporkan dicuri hari ini (4 Julai 2022) selepas kali terakhir dilihat di Tabuan Desa, Kuching.

image is not available
Mencuri Di Siang Hari, Dua Lelaki Berjaya Dirakam Larikan Kereta Toyota Prado Di Kuching

Dua lelaki dirakam menghampiri kenderaan tersebut

Kereta yang berwarna putih dan mempunyai ‘TX’ di bahagian belakang itu dilihat dihampiri dua lelaki bermotosikal pada siang hari.

Anda boleh lihat rakaman CCTV tersebut di bawah:

Ia dipercayai bahawa nombor plat asal sudah dibuka atau ditukar (QAJ2679 nombor plat asal), namun ciri-ciri lain kereta itu adalah ia berwarna putih dan terdapat tempat duduk bayi (baby seat) di bahagian tengah tempat duduk kereta, serta ‘TX’ di belakang kereta.

Sekiranya anda terlihat kenderaan tersebut, anda boleh menghubungi Abbie Hosanna di talian 01115841448 atau melaporkan penampakan itu kepada balai polis terdekat.

Lagi di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved